WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 1440H/2018M
 
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M telah diadakan dengan jayanya pada 12 Rabi’ulawwal 1440H bersamaan 20 November 2018 (Selasa), bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Redzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang Di-Pertuan Agong Dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim telah perkenan berangkat menyempurnakan majlis tersebut.
 
Dengan bertemakan “Menyantuni Umat Membawa Rahmat”, majlis turut diserikan dengan kehadiran YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri, YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd Ali, YAB Dato’ Seri Dr. Waz Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M, YB Puan Hajjah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan tetamu-tetamu kenamaan yang lain.
 
Majlis sambutan ini turut disertai lebih 5,000 peserta termasuk kakitangan kerajaan, badan berkanun, pertubuhan swasta, golongan pelajar, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai.
 
Pada majlis ini juga, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Redzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang Di-Pertuan Agong telah berkenan menyampaikan anugerah Maulidur Rasul SAW kepada lima orang penerima. Anugerah Perdana Maulidur Rasul SAW bagi tahun 1440H/2018M telah dianugerahkan kepada YBhg. Dato’ Paduka Haji Nik Jaafar bin Nik Ismail dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000.00, sijil dan plak.
 
Manakala empat (4) lagi penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW adalah:
 
1. YBrs. Dr. Anisah binti Ab. Ghani
2. YBrs. Dr. Azhari bin Mohamed
3. YBrs. Tuan Haji Yaakob bin Lazim
4. YBhg. Dato’ Haji Abdul Rahman bin Ibrahim
 
Setiap penerima membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000.00, sijil dan plak.
 
Maulidur Rasul 2018 1
 
Maulidur Rasul 2018 2
 
Maulidur Rasul 2018 3
 
Maulidur Rasul 2018 4
 
Maulidur Rasul 2018 5
 
Maulidur Rasul 2018 6
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 21 April 2019.
Jumlah Pelawat :12282249