WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

KUALA LUMPUR 27 Mei – KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong telah berkenan mencemar duli hadir ke Majlis Berbuka Puasa KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM SPB Raja Permasuri Agong Bersama Agensi-agensi Agama dan Asnaf Baitulmal MAIWP yang telah berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis yang diadakan dengan kerjasama JAKIM, MAIWP dan JAWI menjadi medium pertemuan pertama KDYMM Tuanku bersama agensi-agensi agama yang menjadi pendokong utama dalam memperkasa hal ehwal Islam di Malaysia. Dalam majlis tersebut juga KDYMM Tuanku berdua telah berkenan mengurniakan sumbangan kepada wakil asnaf Baitulmal MAIWP sebagai persiapan menyambut ketibaan Aidilfitri. Pada tahun ini MAIWP menerusi program Rahmah Ramadan telah memperuntukkan sebanyak RM12,680,000.00 Bantuan Aidilfitri kepada seramai 25,965 orang asnaf. Turut hadir ke majlis tersebut YB Datuk Seri Dr Mujahid Bin Yusof, Menteri di JPM dan YB Puan Hajah Fuziah Binti Salleh, Timbalan Menteri di JPM. Majlis diakhiri dengan acara Bacaan Tahlil sejurus selepas solat Maghrib berjemaah sempena kemangkatan KDYMM Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
 
Majlis Berbuka YDP Agong Bersama Agensi Agama 1
 
Majlis Berbuka YDP Agong Bersama Agensi Agama 2
 
Majlis Berbuka YDP Agong Bersama Agensi Agama 3
 
Majlis Berbuka YDP Agong Bersama Agensi Agama 4
 
Majlis Berbuka YDP Agong Bersama Agensi Agama 5
 
Majlis Berbuka YDP Agong Bersama Agensi Agama 6
 
Majlis Berbuka YDP Agong Bersama Agensi Agama 7
 
Majlis Berbuka YDP Agong Bersama Agensi Agama 8
 
Majlis Berbuka YDP Agong Bersama Agensi Agama 9
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 11 November 2019.
Jumlah Pelawat :12353386