WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Majlis Apresiasi
Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan & Antarabangsa
Tahun 1440H/2019M

Majlis Apresiasi bagi meraikan penghargaan kepada Jawatankuasa Induk dan Pelaksana Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa 1440H/2019M telah diadakan dengan jayanya pada 17 Julai 2019 yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertempat di Dewan Serbaguna Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
 
Turut diraikan juga Qari dan Qariah Malaysia yang berjaya muncul sebagai Johan Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-61 yang juga merupakan Johan Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan 2019.
 
YB Menteri menyarankan agar program MTHQA dan MTHQK ini dapat diteruskan serta diangkat sebagai suatu program yang gilang-gemilang dalam memartabatkan kedudukan al-Quran itu di sisi Islam sebagai suatu mukjizat yang paling tinggi dan agung.
 
Majlis Apresiasi MTQ 2019 1
 
Majlis Apresiasi MTQ 2019 2
 
Majlis Apresiasi MTQ 2019 3
 
Majlis Apresiasi MTQ 2019 4
 
Majlis Apresiasi MTQ 2019 5
 
Majlis Apresiasi MTQ 2019 6
 
Majlis Apresiasi MTQ 2019 7
 
Majlis Apresiasi MTQ 2019 8
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 12 November 2019.
Jumlah Pelawat :12353641