WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BESUT, TERENGGANU (30 SEPTEMBER – 2 OKTOBER 2019) – Bahagian Keurusetiaan dan Hubungan Luar (BKHL), JAKIM telah menganjurkan Kursus Pasukan Protokol JAKIM Siri 1/2019 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Besut, Terengganu.
 
Kursus ini merupakan Key Performance Indicator (KPI), JAKIM  untuk menubuhkan Pasukan Protokol JAKIM dan telah dipertanggungjawabkan kepada BKHL. Penubuhan pasukan ini adalah bertujuan bagi melatih pegawai-pegawai bahagian di JAKIM dalam mengendalikan program-program yang melibatkan tetamu-tetamu utama Negara.
 
Pengisian program Kursus yang diadakan selama tiga (3) hari dua (2) malam ini, antaranya adalah membincangkan tentang Etiket Berpakaian, Pengurusan Majlis Rasmi Kerajaan, Susunan Tempat Duduk, Peranan Pegawai Protokol, Pegawai Pengiring dan Penyambut Tetamu, Pengurusan dan   Pengendalian Majlis Rasmi Kerajaan, Simulasi Majlis Rasmi Negara,  Tazkirah, Riadah dan aktiviti mendaki Bukit Keluang. 
 
Penceramah jemputan adalah terdiri daripada Encik Shamsul Bahar bin Shajian, Ketua Penolong Pengarah Kanan BKHL, JAKIM, Encik Muhammad Iqbal bin Ismail dan Encik Irwan bin Mohamad dari Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa  (BIUPA), Jabatan Perdana Menteri.
 
Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan dan Penutup Kursus telah disempurnakan oleh Encik Shamsul Bahar bin Shajian, Ketua Penolong Pengarah Kanan BKHL, JAKIM.

 

Kursus Pasukan Protokol JAKIM Siri 1 2019 1
Gambar bersama Encik Irwan bin Mohamad, BIUPA, JAKIM.
 
Kursus Pasukan Protokol JAKIM Siri 1 2019 2
Para peserta pendakian Bukit Keluang, Besut.
 
Kursus Pasukan Protokol JAKIM Siri 1 2019 3
Sesi taklimat dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
 
Kursus Pasukan Protokol JAKIM Siri 1 2019 4
Di dalam dewan kuliah Ibn Rushd.
 
Kursus Pasukan Protokol JAKIM Siri 1 2019 5
Salah satu Simulasi oleh para peserta.
 
 
 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 Oktober 2019.
Jumlah Pelawat :12348179