WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Persidangan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) ke-44 MABIMS yang diadakan pada 12-14 November 2019 telah berlangsung di Republik Singapura dihadiri oleh Ketua-Ketua SOM dari Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura, selaku tuan rumah. Malaysia diketuai oleh Yang Berbahagia Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim sebagai ketua delegasi.
 
Mesyuarat SOM berlangsung selama 3 hari dengan dimulakan agenda pembentangan kertas tema bertajuk “Masyarakat Islam Gemilang Pembawa Rahmat”. Turut dibentangkan juga laporang bidang kerjasama yang mengandungi 8 bidang oleh negara-negara anggota mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang 2018-2019 berdasarkan pelan strategik MABIMS yang akan berakhir pada 2020.
 
Hasil pembentangan kertas tema di atas, mesyuarat telah bersetuju dengan hasil rumusan kertas tema seperti berikut:
 
  1. MABIMS mengiktiraf realiti era globalisasi yang melahirkan pelbagai isu-isu yang kompleks.
  2. Isu-isu ini, dengan peredaran waktu, akan menjadi lebih rumit dan memerlukan usaha dan pengendalian yang shumul daripada semua peringkat (whole-of-nation) termasuk belia-belia.
  3. Oleh yang demikian, amat penting dibangunkan institusi-institusi serta kepimpinan agama yang berupaya dan berwibawa bagi belia-belia yang berpotensi menjadi pemimpin.
  4. Selain itu, perlu juga diperkasa semula konsep sirah Rasulullah sebagai model dalam memandu dasar serta program-program keagamaan bagi mencapai visi membina masyarakat Islam yang gemilang di samping membawa rahmat kepada seluruh alam.
  5. Visi masyarakat Islam gemilang bagi setiap negara adalah bersandarkan konsep rahmah kepada seluruh alam, penjagaan hak-hak setiap makhluk, perlaksanaan moderasi dalam hal-hal keagamaan (islam wasathiyyah/mutawasith).
  6. Kita juga harus santuni dan peka tentang kepelbagaian dalam kehidupan kemasyarakatan agar kekal inklusif, bagi merealisasikan keharmonian masyarakat sejagat.
  7. Tidak dapat disangkalkan bahawa penubuhan konsep-konsep ini adalah berpaksikan maqasid syari'ah dalam ajaran Islam.
  8. Dalam era globalisasi, kita berhadapan dengan pelbagai isu termasuk cabaran konflik intra-agama Islam.
  9. Oleh itu, sebaiknya diwujudkan ruang dialog dan musyawarah demi mendapatkan kesepakatan dan jalan pertengahan dalam perbezaan yang ada, agar tidak menimbulkan perpecahbelahan dan kerosakan pada keharmonian yang ada.
  10. Diharapkan agar sama-sama kita dapat memperkembangkan penampilan Islam yang santun dan toleran demi meraih persefahaman dan kesepakatan, serta memperkasa dan memperkukuh institusi MABIMS dan negara-negara anggotanya.
 
Secara umumnya, Malaysia yang diketuai oleh Yang Berbahagia Datuk Ketua Pengarah JAKIM telah berjaya mengambil bahagian dalam keseluruhan persidangan ini yang berbentuk kesepakatan serantau dan bergerak atas dasar keagamaan bagi menjaga maslahat dan kepentingan umat Islam tanpa mencampuri hal-hal negara anggota yang bersifat politik.
 
Mesyuarat SOM Ke 44 1
 
Mesyuarat SOM Ke 44 2
 
Mesyuarat SOM Ke 44 3
 
Mesyuarat SOM Ke 44 4
 
Mesyuarat SOM Ke 44 5
 
Mesyuarat SOM Ke 44 6
 
Mesyuarat SOM Ke 44 7
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 28 Mac 2020.
Jumlah Pelawat :12392147