Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:49 Syuruk : 7:10 Zohor : 1:22 Asar : 4:46 Maghrib : 7:31 Isyak : 8:45

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah mengadakan Persidangan Ketua-ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia (PKJ) Ke-105 di Dewan Syura B, Kompleks Islam Putrajaya (KIP) pada 15 Mei 2018. Persidangan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim. Turut serta adalah Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah JAKIM dan Pengarah-Pengarah Bahagian di JAKIM. Persidangan juga dihadiri Ketua-Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia, wakil Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Bantuan Guaman, Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Bahagaian Agama dan Kaunseling (BAKA), PDRM dan beberapa agensi di bawah Menteri Di JPM.
 
YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha telah menyampaikan perutusan sempena persidangan tersebut dan merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi agama khususnya Jabatan/Majlis Agama Islam seluruh Malaysia atas kerjasama yang sangat baik membantu Kerajaan Persekutuan menangani isu-isu semasa umat Islam di Malaysia. Sebanyak tiga kertas telah dibentangkan dalam persidangan pada kali ini.
 
PKJ 105 1
 
PKJ 105 2
 
PKJ 105 3
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 20 Julai 2018.
Jumlah Pelawat :12210236