Kurator Berita : Bahagian Dakwah

KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA (26 OGOS 2020) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Dakwah telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kursus Training of Trainers (TOT) Sukarelawan Rakan Masjid Hospital Siri 2/2020 dengan kerjasama Masjid Putra. Kursus ini diadakan sebagai kesinambungan dari kursus Siri 1 yang pernah diadakan sebelum ini bertujuan bagi memantap dan memperkukuhkan lagi pengetahuan dan kemahiran serta keyakinan para sukarelawan khususnya bila berhadapan dengan para pesakit di hospital. Kursus yang dihadiri oleh seramai 38 orang peserta ini terdiri dari penglibatan 3 NGO iaitu Wanita Perkim an Nidaa, Putrajaya, Pertubuhan Warga Emas Putrajaya dan Pertubuhan Mawaddah Malaysia.

Pengisian kursus ini bermula dengan sesi 1 dan 2 oleh Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan tajuk Ibadah Pesakit: Antara Rukhsah dan Kewajipan dan Etika dan Adab Ziarah Pesakit, Slot 3 oleh Ustazah Nazirah bt Abu Bakar dari Bahagian Penerbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan tajuk Komunikasi Berkesan dengan Pesakit dan Slot 4 oleh Ustazah Ruzeeta bt Saad dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan tajuk Pengurusan Ketika Menghadapi Pesakit Nazak Dan Kematian. Kursus ini diakhiri dengan ucapan penutup yang disempurnakan oleh YBhg Us Kharunna’im bin Ramli.

 

WhatsApp Image 2020 08 26 at 09.19.31 1

 

WhatsApp Image 2020 08 26 at 14.02.36

 

WhatsApp Image 2020 08 26 at 14.41.21 copy

 

WhatsApp Image 2020 08 26 at 16.06.31