Putrajaya, 24 Jamadilawwal 1437H bersamaan 4 Mac 2016M, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia  telah mengadakan Persidangan Ketua-ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia ke-99 di Head of State, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Persidangan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM. Turut serta Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah JAKIM dan Pengarah-Pengarah Bahagian di JAKIM. Persidangan juga dihadiri Ketua-Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia, wakil Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Bantuan Guaman, Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Bahagaian Agama dan Kaunseling (BAKA), PDRM dan beberapa agensi di bawah Menteri Di JPM.
 
YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM telah menyampaikan perutusan sempena persidangan tersebut dengan menarik perhatian ahli persidangan mengenai beberapa isu semasa yang perlu diberi perhatian seperti Pindaaan Akta 355, Indeks Syariah Malasyia, Majlis Halal Malaysia dan beberapa isu lagi yang berkaitan dengan Pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia. Beliau juga merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi agama khususnya Jabatan/Majlis Agama Islam seluruh Malaysia atas kerjasama yang sangat baik membantu Kerajaan Persekutuan menangani isu-isu semasa umat Islam di Malaysia. Sebanyak dua kertas cadangan, enam kertas makluman dan satu kertas taklimat telah dibentang dalam persidangan pada kali ini. Persidangan ini berakhir jam 12.00 tengahari.
 
Persidangan Ketua Jabatan Seluruh Malaysia 99 1
 
Persidangan Ketua Jabatan Seluruh Malaysia 99 2
 
Persidangan Ketua Jabatan Seluruh Malaysia 99 3
 
Persidangan Ketua Jabatan Seluruh Malaysia 99 4
 
Persidangan Ketua Jabatan Seluruh Malaysia 99 5
 
Persidangan Ketua Jabatan Seluruh Malaysia 99 6
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 16 Januari 2018.
Jumlah Pelawat :12162403