WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menghantar dua (2) pegawai sebagai perintis Program Latihan Sangkutan di Akademi Fiqh Islam Antarabangsa @ International Islamic Fiqh Academy (IIFA) di Jeddah, Arab Saudi pada 23 November 2015 hingga 03 Disember 2015. Program ini merupakan kali pertama dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pegawai yang bertanggungjawab terus dalam pengurusan fatwa di Malaysia. Usaha ini adalah selari dengan bidang tugas JAKIM selaku penyelaras hal ehwal Islam di peringkat persekutuan. Dua (2) pegawai berkenaan ialah Ustaz Aminudin bin Mohamad, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Fatwa, JAKIM dan Ustaz Abdul Halim bin Tawil, Timbalan Mufti Negeri Melaka.
 
Program ini sebagai pendedahan mengenai peranan yang dimainkan oleh IIFA dalam membincang dan memutuskan sesuatu isu hukum semasa sebagai panduan umat Islam sedunia. Keputusan (Al-Qarar) yang dibuat oleh IIFA adalah sebagai ijtihad jamai’e yang melibatkan ulama-ulama besar dan pakar-pakar dalam bidang-bidang yang berkaitan dari seluruh dunia, termasuk Malaysia. Program sulung ini diharap dapat menjadi perintis kepada usaha mewujudkan hubungan yang lebih erat dan rasmi dengan IIFA dan mendedahkan dengan kaedah pengurusan hukum/fatwa di peringkat antarabangsa.
 
 
JAKIM Merintis Program Latihan Sangkutan Di IIFA 1 
Pertemuan Dengan Setiausaha  IIFA, Prof. Dr. Abdul Salam Daud Al-Abadi
 
JAKIM Merintis Program Latihan Sangkutan Di IIFA 2 
Perbincangan Dengan Penolong Setiausaha  IIFA, Dr Adel A. Goutah
 
JAKIM Merintis Program Latihan Sangkutan Di IIFA 3 
Perbincangan Dengan Dr. Ahmad Abdul Alim, Pengarah Kajian & Penyelidikan IIFA
 
JAKIM Merintis Program Latihan Sangkutan Di IIFA 4 
Perbincangan Dengan Dr. Mohammad B. Haddad, Pengarah Perhubungan Awam & Media IIFA
 
JAKIM Merintis Program Latihan Sangkutan Di IIFA 5 
Perbincangan Dengan Dr. Abdul Qahir Qamar, Pengarah Bahagian Fatwa IIFA
 
JAKIM Merintis Program Latihan Sangkutan Di IIFA 6 
Menerima Sijil Daripada Setiausaha IIFA (Ustaz Aminudin Mohamad)
 
JAKIM Merintis Program Latihan Sangkutan Di IIFA 7 
Menerima Sijil Daripada Setiausaha IIFA (Ustaz Abdul Halim Tawil)
 
JAKIM Merintis Program Latihan Sangkutan Di IIFA 8 
Penyampaian Cenderamata JAKIM Kepada Setiausaha IIFA
 
JAKIM Merintis Program Latihan Sangkutan Di IIFA 9 
Bergambar Kenangan Dengan Setiausaha, Pengarah & Pegawai IIFA dan Wakil Konsul General Malaysia di Jeddah, Adi Affendi Abdul Halim (dua dari kiri)
 
 JAKIM Merintis Program Latihan Sangkutan Di IIFA 10
Kunjungan Ke Islamic Economics Institute, King Abdul Aziz University, Jeddah
 
JAKIM Merintis Program Latihan Sangkutan Di IIFA 11 
Kunjungan Ke Islamic Research & Training Institute (IRTI), Islamic Development Bank (IDB)
 
JAKIM Merintis Program Latihan Sangkutan Di IIFA 12 
Kunjung Hormat Ke Konsulat General Malaysia di Jeddah, Mohammad Ali Selamat
 
JAKIM Merintis Program Latihan Sangkutan Di IIFA 13 
Kunjungan Ke Konsul General Malaysia (Urusan Haji), Tuan Haji Redhuan bin Sabaruddin
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 Oktober 2019.
Jumlah Pelawat :12348188