Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:42 Syuruk : 6:57 Zohor : 1:01 Asar : 4:18 Maghrib : 7:01 Isyak : 8:11

 

MESYUARAT JAWATANKUASA MUZAKARAH

MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA

KALI KE 113

 

17/07/2018(Selasa), Sempena dengan mesyuarat ini, suatu majlis perjumpaan dan makan malam bersama YB Menteri bersama dengan ahli-ahli jawatankuasa muzakarah MKI di dewan makan Hotel Pulse Grande Putrajaya pada 16/07/2018. Majlis tersebut telah dihadiri oleh YB. Dato’ Dr. Mujahid Bin Yusuf (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), YB Puan Hajjah Fuziah Binti Salleh (Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri) bersama suaminya, YBhg. Datuk Haji Nordin Bin Ibrahim (Ketua Pengarah JAKIM), Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Dan Pengarah-Pengarah Bahagian. Turut dijemput wakil media serta Imam Besar Masjid Putra Putrajaya.

Dalam majlis tersebut, YB Menteri telah berucap menyampaikan amanat kepada ahli-ahli muzakarah. Dan dalam ucapan tersebut, beliau telah menyarankan agar para mufti memain peranan dalam menyelesaikan isu-isu semasa dengan mengambil kira pandangan mazhab-mazhab lain selain daripada mazhab Syafie mengikut kemaslahan ummah. Ahli majlis juga dianggap sebagai pemikir mengeluarkan idea untuk menyelesaikan masalah-masalah umat Islam melalui pandangan yang dikeluarkan. Disamping itu, beliau menyarankan agar di buat penyeragaman dalam menentukan sesuatu hukum yang dikeluarkan.

JAKIM melalui Bahagian Pengurusan Istinbat telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke 113 bertempat di Dewan Syura A, Aras 8 Blok A Kompleks Islam Putrajaya. Majlis tersebut telah di pengerusikan oleh YBhg. Datuk Haji Wan Zahidi bin Wan Teh (Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI). Mesyuarat ini adalah program tetap tahunan yang diadakan sekurang-kurangnya tiga kali setahun. Semua mufti negeri-negeri adalah sebagai ahli. Manakala ahli-ahli yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja terdiri daripada pakar rujuk dalam bidang masing-masing (bidang undang-undang, farmasutikel dan kimia).

Mesyuarat kali ini telah mendengar dan meneliti pembentangan yang telah dibuat oleh pasukan penyelidikan yang membincangkan tajuk “CRYPTOCURRENCY : ANALISIS SYARAK” oleh kumpulan penyelidik ISRA dan UIAM yang diketuai oleh Prof. Dr. Ashraf bin Md Hashim (Syariah- ISRA)  bersama sama rakan penyelidik yang lain.


PIC
 
PIC 3
 
PIC 2
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 17 Oktober 2018.
Jumlah Pelawat :12234635