Kurator Berita : Bahagian Dakwah
KEDAH, 24 Mac – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Dakwah dengan kerjasama Hospital Kubang Pasu, Jitra dan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah telah mengadakan Lawatan RAMAH – Rakan Masjid dan Hospital serta lawatan ke model Masjid Rahmah Peringkat Negeri Kedah, Masjid al-Fateh, Tanjung Pauh. Program ini telah diserikan dengan kehadiran YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Dr. Ismail bin Salleh, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Halimaton Shaadiah binti Saad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YBhg. Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Dato’ Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM dan YBhg. Dato’ Haji Abdul Rahman bin Ismail, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Selain itu, majlis turut dihadiri oleh para pegawai dari JAKIM (Urusetia), kakitangan hospital serta sukarelawan Masjid Sharifah Fatimah, Kubang Pasu dan Masjid al-Fateh, Tanjung Pauh.

Taklimat ringkas telah disampaikan oleh wakil Hospital Kubang Pasu, Jitra di hadapan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Lawatan ini menjadi lebih istimewa apabila YBhg. Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM membacakan sendiri doa kesembuhan buat warga pesakit di wad yang dilawati. Sumbangan hamper turut diberikan sebagai moral support kepada pesakit untuk lebih kuat semangat di samping edaran risalah ibadah pesakit.
 
Lawatan RAMAH Kedah 2019 1
 
Lawatan RAMAH Kedah 2019 2
 
Lawatan RAMAH Kedah 2019 3
 
Lawatan RAMAH Kedah 2019 4
 
Lawatan RAMAH Kedah 2019 5