Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

KUALA LUMPUR, 29 – 30 Disember 2018 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Unit LGBT, Cawangan Sosial & Komuniti, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan Peduli Outreach : “Spread The Kindness” sebagai menutup tirai tahun 2018.

Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara sukarelawan dengan komuniti setempat disekitar Kuala Lumpur. Selain itu, program ini merupakan salah satu saluran sosial untuk membina serta mendorong para sukarelawan menyemai semangat kekitaan, jati diri, keprihatinan antara satu sama lain sekaligus menyelami sendiri kehidupan masyarakat yang sebenar serta cabaran-cabaran yang dilalui oleh mereka.

Sukarelawan yang hadir adalah seramai 40 orang yang mempunyai latar belakang dan pengalaman yang berbeza antaranya kakitangan dari agensi agama, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu-individu yang telah lama berkecimpung dalam bidang kesukarelawanan sosial islam.

Pengisian program selama 2 hari ini diadakan dengan ceramah interaktif tentang kewajipan sosial sukarelawan, pengurusan aktiviti gelandangan dan isu sosial di sekitar Kuala Lumpur, taklimat berkenaan kajian profailing fenomena isu sosial dan ‘outreach’ program.

Program yang bertemakan ‘Spread The Kindness’ ini telah mendapat sumbangan dari Pengasas Restoran Cina Muslim iaitu Dato’ Haji Mohamad Chan Abdullah. Sumbangan makanan dan minuman kepada komuniti ini telah disampaikan sendiri oleh Dato’ Haji Mohamad Chan Abdullah dengan diiringi oleh Tuan Haji Ruslan bin Said, Pengarah, Bahagian Keluarga Sosial & Komuniti, Jakim serta Professor Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Presiden, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Seramai lebih kurang 300 orang komuniti yang telah menerima sumbangan ini.

Disamping sumbangan makan minum, komuniti turut diberikan pengisian kerohanian yang ringkas oleh Professor Dr. Taufiq Yap.

ice breaking

 

kelas

 

last 2

 

petang

 

penyampaian

 

tazkirah

 

temuramah

 

hiv copy

 

malam

 

penutup

 

Full