Kurator Berita : Bahagian Dakwah
“Saya sangat menggalakkan sebarang pendekatan dan peluang kepada warga Jakim menyertai serta ‘explore’ peluang yang ada untuk menggarap kecemerlangan untuk terus menyumbang idea yang kreatif dan berinovatif  seterusnya mewakili Jabatan dalam pertandingan inovasi di peringkat Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan antarabangsa” – Ketua Pengarah Jakim, Dato' Haji Othman bin Mustapha.
 
Tanggal 10 Mac 2016, telah berlangsung Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Jakim Tahun 2016 di Dewan Datuk Mohd Shahir, ILIM, Bangi.
 
Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dianjurkan bertujuan untuk menyemarakkan serta membudayakan inovasi dan kreativiti dalam kalangan warga Jakim di samping memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada kakitangan yang terlibat dalam KIK. Selain itu, konvensyen ini dapat mengenal pasti idea-idea baharu yang boleh diaplikasikan di jabatan ini bagi mendepani sistem penyampaian dan menyediakan pasukan terbaik bagi mewakili Jakim dalam pertandingan inovasi di peringkat Jabatan Perdana Menteri dan kebangsaan.
 
Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan telah disertai oleh enam kumpulan dari pelbagai bahagian di Jakim. Masing-masing telah mempersembahkan tajuk projek yang sangat menarik dan memberikan saingan sengit di antara pasukan yang bertanding.
 
Berikut merupakan keputusan pertandingan:
 
Pertama:Kumpulan G2G, Bahagian Hab Halal, Jakim. Memenangi wang tunai RM 5,000.00, piala pusingan dan sijil penyertaan
Kedua:Kumpulan KICHO dari Jakim Cawangan Sarawak. Memenangi wang tunai RM 3,000.00 dan sijil penyertaan
Ketiga:Kumpulan Q2 dari Darul Quran. Memenangi wang tunai RM 2,000.00 dan sijil penyertaan
 
Majlis penyerahan sijil dan cek replika telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato' Hj. Othman bin Mustapha diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Dato' Hj. Razali bin Hj. Sahabudin, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, Encik Masri bin Razali dan Pengarah Bahagian Dakwah, Dato’ Haji Ali bin Mohammed.
 
Dalam ucapan, Dato' Hj. Othman mengucapkan syabas kepada semua pasukan yang bertanding dalam Konvensyen KIK Jakim dan kumpulan yang akan bertanding di JPM pada bulan Ogos 2016. Beliau turut memberi semangat dan galakan serta meletakkan harapan tinggi kepada pasukan yang berjaya untuk mengekalkan kecemerlangan Jakim yang pernah dinobatkan jabatan paling inovatif pada tahun sebelum ini.
 
Tahniah dan semoga berjaya di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Jabatan Perdana Menteri!
 
konvensyen kik2016 1
Ucapan alu-aluan daripada KPPK Cawangan Inovasi dan Ketamadunan Bahagian Dakwah, Ustaz Amran bin Awaludin.
 
konvensyen kik2016 2
 
konvensyen kik2016 3
 
konvensyen kik2016 4
 
konvensyen kik2016 5
 
konvensyen kik2016 6
 
konvensyen kik2016 7
 
konvensyen kik2016 8
 
konvensyen kik2016 9
 
konvensyen kik2016 10
 
konvensyen kik2016 11
Ucapan Perasmian Ketua Pengarah Jakim, Dato' Haji Othman Mustapha.
 
konvensyen kik2016 12
Tempat ketiga, Kumpulan Q2 dari Darul Quran.
 
konvensyen kik2016 13
Tempat Kedua, Kumpulan KICHO dari Jakim Cawangan Sarawak.
 
konvensyen kik2016 14
Johan Konvensyen KIK 2016, Kumpulan G2G dari Bahagian Hab Halal