Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:48 Syuruk : 7:08 Zohor : 1:10 Asar : 4:33 Maghrib : 7:06 Isyak : 8:21

Putrajaya, 5 Jun 2018 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan dan Pelaksanaan Pelan Tindakan Keluarga Sakinah kali ke-2 bagi tahun 2018. Persidangan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim; Ketua Pengarah JAKIM dengan dihadiri oleh seramai 43 orang ahli yang terdiri di kalangan Agensi Kerajaan, Jabatan Agama Islam Negeri-negeri, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Bahagian-bahagian di Jakim.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Dan Pelaksanaan Pelan Tindakan Keluarga Sakinah Negara pernah diadakan  kali-1 pada tahun 2017 di Kompleks Islam Putrajaya bertarikh 8 Mei 2017.

Antara objektif Mesyuarat ini diadakan adalah :

  • Menggerak Jawatankuasa yang bertindak sebagai satu badan yang bertanggungjawab untuk menyelaras, mengatur strategi, merancang serta mencari penyelesaian dalam menangani isu tersebut di peringkat nasional;
  • Membincangkan secara jelas mengenai dasar kekeluargaan Islam yang menjadi tonggak kepada semua aktiviti kekeluargaan yang dilaksanakan di seluruh Malaysia oleh semua agensi berkaitan;
  • Menyelaras dan memantau setiap program kekeluargaan yang dilaksanakan oleh semua pihak sama ada agensi kerajaan mahupun swasta/NGO di seluruh negara agar ia dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, kemas, berstrategi.
  • Menyelaras maklumat dan isu-isu mengenai institusi kekeluargaan melalui jaringan maklumat inter-agensi;
  • Merancang, merangka strategi dan melaksanakan tindakan-tindakan berasaskan PTKSN 2017-2021.
ksk10
 
ksk11
 
ksk12
 
ksk13
 
ksk14
 
ksk15



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 12 Disember 2018.
Jumlah Pelawat :12248423