Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
PAHANG - 7 November 2018 (Rabu) - Telah berlangsung Program Tasqif al-Nisa’ Peringkat Negeri Pahang di Auditorium Darul Makmur, Jabatan Penerangan Negeri Pahang dan dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP). Program inisiatif Panel Isu-isu Semasa Wanita Islam (PISWI), JAKIM ini diadakan sebagai platform untuk ahli PISWI bersama masyarakat di negeri untuk berada dalam satu majlis ilmu yang turut disertai oleh kepimpinan dari kalangan wanita. Penganjuran program yang kali kedua di adakan ini, setelah di adakan pada tahun 2016 di Negeri Perak telah mengangkat tema “Kewibawaan dan Karismatik Wanita”.
 
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia, Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah hadir ke majlis tersebut. Baginda turut menyampaikan Titah Diraja untuk semua peserta yang hadir. Mengiringi kehadiran baginda Tengku Puan Pahang ke program Tasqif al-Nisa’ yang diadakan ini ialah YBhg. Datin Sri Dato’ Burhah binti Mohammad, isteri YAB Menteri Besar Pahang dan YBhg. Datin Seri Zuraida binti Husin, isteri YB Menteri (Agama) di Jabatan Perdana Menteri. Turut menyampaikan aluan ialah YB Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri (Agama ) di Jabatan Perdana Menteri.
 
Pengisian Tasqif al-Nisa Peringkat Negeri Pahang yang diadakan ini dimulakan dengan “Women Quranic Hour” dan Rakaman Forum Perdana Ehwal Islam. Menerusi Forum Perdana Ehwal Islam,dua (2) orang panel telah dilantik, iaitu YBhg. Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati binti Syed Ismail, daripada Universiti Malaya merangkap ahli Panel Isu-isu Semasa Wanita Islam (PISWI) dan YBhg. Dato’ Ustaz Haji Badli Shah bin Alauddin daripada Jabatan Agama Islam Pahang. Manakala moderator bagi forum tersebut ialah YBrs. Ustazah Fatimah Syarha binti Mohd Nordin.
 
Forum yang diadakan ini membincangkan tentang kewibawaan wanita Islam masa kini yang semakin berkembang, disamping menjelaskan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh wanita Islam dalam usaha melaksanakan peranan penting dalam masyarakat dan Negara.
 
IMG 20181107 102319
 
IMG 20181107 105851
 
IMG 20181107 WA0028