WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

PUTRAJAYA – 15 November 2018 (Khamis) – Dalam usaha memperkemas pengurusan perkahwinan di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) bersama Bahagian Pengurusan Maklumat telah menganjurkan Bengkel Ujian Penerimaan Pengguna (User Acceptance Test) bagi Sistem Semakan NCR@sppim, Aduan@sppim dan Peningkatan Aplikasi MyNCR.
 
Peserta yang hadir adalah seramai 35 orang iaitu dari enam Jabatan Agama Islam Negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan. Manakala, agensi-agensi kerajaan yang terlibat adalah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Perangkaaan Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
 
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menguji fungsi-fungsi yang dibangunkan dalam sistem tersebut agar ia memenuhi keperluan dan kehendak Jabatan Agama Islam Negeri dan agensi. Antara fungsi ketiga-tiga sistem ini dibangunkan adalah :
  1. Sistem Semakan NCR@sppim - dibangunkan adalah untuk memudahkan agensi membuat semakan maklumat perkahwinan individu. Antara kelebihan yang boleh diperolehi daripada sistem ini adalah memudahkan proses pendaftaran anak, pemberian elaun terbitan, bantuan sara hidup, pemprosesan permit kepada bukan warganegara dan pemprosesan statistik secara holistik;
  2. Sistem Aduan@sppim (helpdesk) - turut dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada orang awam untuk membuat pertanyaan secara online berkaitan prosedur perkahwinan, aduan atau cadangan berkaitan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) kepada Jabatan Agama Islam Negeri atau JAKIM. Dengan adanya sistem ini, ia memudahkan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri untuk memantau dan membuat tindakan ke atas aduan-aduan yang diterima oleh masyarakat.
  3. Aplikasi MyNCR - aplikasi ini adalah untuk memudahkan penolong pendaftar / pendaftar nikah cerai dan rujuk membuat semakan status semasa permohonan kebenaran berkahwin. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kes penipuan status semasa perkahwinan. Prosedur permohonan aplikasi mobile akan ditambahbaik dan dipertingkatkan bagi menjamin keselamatan aplikasi tersebut. 
 
 
20181115 153419
 
20181115 153518
 
20181115 154652
 
20181115 154815
 
20181115 160739
 
20181115 161831



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 18 Julai 2019.
Jumlah Pelawat :12320674