WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

PUTRAJAYA - 19 Disember 2018 (Rabu) – Seramai 16 orang ahli yang diketuai oleh Tuan Hj Ahmad Lutfi bin Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah mengadakan kunjungan ke Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti, JAKIM.

Lawatan ini telah dimulai dengan sesi taklimat dan penerangan berkaitan gerak kerja program dan aktiviti yang telah dilaksanakan di Bahagian ini. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Us. Norhayati binti Jaffri, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti.

Pelbagai agenda telah dibincangkan sepanjang pertemuan berlangsung termasuklah perkongsian kepakaran dan pengalaman dalam melaksanakan program dan pendekatan kepada komuniti seperti Program Mukhayyam Komuniti LGBT Muslim.

Kunjungan ini berakhir dengan penyampaian cenderahati berbentuk bahan bacaan dan terbitan Bahagian KSK.

JPN PERAK 1

 

JPN PERAK

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 21 April 2019.
Jumlah Pelawat :12282249