Kurator Berita : Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan ingin memaklumkan bahawa Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-37 Tahun 1437H/2016M akan diadakan pada 16 hingga 20Februari 2016 bersamaan 07 hingga 11 Jamadil Awal 1437H bertempat di Pusat Konvensyen Amanjaya, Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh, Perak.
 
Penganjuran Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan secara tahunan menggambarkan komitmen pihak Kerajaan yang memandang tinggi terhadap para huffaz disamping menyediakan platfom dan ruang kepada mereka sekaligus memartabatkan para huffaz ini yang menjunjung syariat Islam di tempat yang sepatutnya di kalangan masyarakat.
 
Majlis yang bertemakan “Perpaduan Nadi Transformasi Negara” ini telah dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B); Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 16Februari 2016 (Selasa) jam 8.45 malam. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah  YB Dato’ Drs. Mohd Nizar bin Zakaria; Exco Kerajaan Negeri Perak, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan juga Swasta.
 
Manakala pada 20 Februari 2016 (Sabtu) pula, Majlis Penutup dan Pengurniaan Hadiah telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfullah, Yang di-Pertuan dan Raja Pemerintah bagi Jajahan Takluk Negeri Perak Darul Ridzuan.
 
MAJLIS PERASMIAN DAN MAJLIS PENUTUP
 
(I)      Majlis Perasmian
         Tarikh                             : 16hb Februari 2016 (Selasa)
         Masa                              : 8.45 malam
         Disempurnakan oleh : YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri
 
 (II)    Majlis Penutup dan Pengurniaan Hadiah
         Tarikh                              : 20hb Februari 2016 (Sabtu)
         Masa                               : 8.45 malam
         Disempurnakanoleh   : DYMM Paduka Seri Sultan Negeri Perak
 
Majlis yang berprestij ini melibatkan penyertaan daripada semua 14 buah negeri di Malaysia. Majlis ini menyaksikan penyertaan para huffaz lelaki dan wanita dipertandingkan mengikut 3 kategori seperti berikut iaitu :
 
i)             KategoriPertama = Juzuk 1 hingga 10
ii)            Kategori Kedua = Juzuk 1 hingga 20
iii)          Kategori Ketiga = Juzuk 1 hingga 30
 
 
Sehubungan itu, setiap negeri telah menghantar wakil masing-masing bagi semua kategori menjadikan jumlah keseluruhannya adalah seramai 78 orang peserta. Kesemua peserta adalah berumur di antara 7 hingga 25 tahun. Majlis Menghafaz Al-Quran ini telah bermula pada 16 Februari 2016 (Selasa) dan berakhir pada 19 Februari 2016 (Jumaat)dalam 7 sesidengan sesi pagi  bermula jam 9.00 hingga 11.00 pagi dan sesi malambermula 9.00 hingga 11.00 malam.
 
Hadiah lumayan telah disampaikan kepada Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga serta saguhati mengikut kategori lelaki dan wanita seperti berikut:
 
Kategori Pertama: Menghafaz Juzuk 1 hingga 10
 
i)                 Johan: Wang tunai RM 4,000, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan.
ii)                Naib Johan: Wang tunai RM 3,000, cenderamata dan sijil penyertaan.
iii)               Tempat Ketiga: Wang tunai RM 2000, cenderamata dan sijil penyertaan.
iv)              Saguhati: Wang tunai RM 800, cenderamata dan sijil penyertaan kepada semua peserta.
 
 
Kategori Kedua: Menghafaz Juzuk 1 hingga 20
 
i)                 Johan: Pakej menunaikan umrah, wang tunai RM 6,000, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan.
ii)                Naib Johan: Wang tunai RM 4,000, cenderamata dan sijil penyertaan.
iii)               Tempat Ketiga: Wang tunai RM 2,500, cenderamata dan sijil penyertaan.
iv)              Saguhati: Wang tunai RM 1,000, cenderamata dan sijil penyertaan kepada semua peserta.
 
Kategori Ketiga: Menghafaz Juzuk 1 hingga30
 
i)                 Johan: Pakej menunaikan haji, wang tunai RM 10,000, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan.
ii)                Naib Johan: Wang tunai RM 7,000, cenderamata dan sijil penyertaan.
iii)               Tempat Ketiga: Wang tunai RM 5,000, cenderamata dan sijil penyertaan.
iv)              Saguhati: Wang tunai RM 2,000, cenderamata dan sijil penyertaan kepada semua peserta.
 
Pemilihan peserta bagi setiap negeri telah dipilih melalui saringan peringkat negeri masing-masing melalui pemilihan dan persaingan yang sengit antara peserta yang terlibat.
 
Para peserta telah dinilai oleh barisan 17 orang jemaah hakim yang berkaliber dan berpengalaman dalam bidang hafazan yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jakim; Y.Bhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha. Para juri akan mengambil kira aspek kelancaran hafazan, hukum tajwid, fasohah, suara, persembahan dan tarannum.
 
Berikut Keputusan Rasmi Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-37, Tahun 1437H/2016:
 
Kategori Pertama:
Juzuk 1 hingga 10 (Hafiz):
 
Johan
Nama        : Ahmad Aidil Luqman bin Nor Ismail
Peratus     : 98.34%
Negeri       : Selangor
 
Naib Johan
Nama        : Nur Aiman Naim bin Mohammad Kamarul Ariffin
Peratus     : 98.03%
Negeri       : Negeri Sembilan
 
Ketiga
Nama        : Ahmad Hambali bin Abdul Kadir
Peratus     : 98.00%
Negeri       : Melaka
 
Juzuk 1 hingga 10 (Hafizah):
 
Johan
Nama        : Fakhira Izzah binti Fahmi
Peratus     : 97.49%
Negeri       : Selangor
 
Naib Johan
Nama        : Husna Mardhiyyah binti Mohd fauzi
Peratus     : 97.31%
Negeri       : Terengganu
 
Ketiga
Nama        : Aiza Nabilah binti Ahmad Khairuddin
Peratus     : 97.10%
Negeri       : Perak
 
 
Kategori Kedua:
Juzuk 1 hingga 20 (Hafiz):
Johan
Nama        : Syazri Muhammad Husni bin Mohd Sharoni
Peratus     : 99.18%
Negeri       : Selangor
 
Naib Johan
Nama        : Muhammad Himy bin Muhamad Khalil
Peratus     : 98.03%
Negeri       : Pahang
 
Ketiga
Nama        : Muaz bin Nadsarudin
Peratus     : 96.93%
Negeri       : Kedah
 
Juzuk 1 hingga 20 (Hafizah):
Johan
Nama        : Putri Aminah binti Mohd Hanif
Peratus     : 98.40%
Negeri       : Kelantan
 
Naib Johan
Nama        : Putri Nur Nadia binti Bakri
Peratus     : 96.26%
Negeri       : Wilayah Persekutuan
 
Ketiga
Nama        : Ainuzzahirah binti Zulkarnain
Peratus     : 94.78%
Negeri       : Pulau Pinang
 
 
Kategori Ketiga:
Juzuk 1 hingga 30 (Hafiz):
Johan
Nama        : Mohamad Omar bin Mansu
Peratus     : 96.95%
Negeri       : Selangor
 
Naib Johan
Nama        : Abdul Wafi Azzaki bin Sinwan
Peratus     : 96.60%
Negeri       : Melaka
 
Ketiga
Nama        : Muhammad Haziq bin Mohammad Dzulkhairy
Peratus     : 95.95%
Negeri       : Pahang
 
Juzuk 1 hingga 30 (Hafizah):
Johan
Nama        : Farihah binti Zulkifli
Peratus     : 96.84%
Negeri       : Wilayah Persekutuan
 
Naib Johan
Nama        : Ainul mardhiah binti Md Pakhrurrazi
Peratus     : 94.10%
Negeri       : Selangor
 
Ketiga
Nama        : Nur Amalina binti Azharuddin
Peratus     : 89.63%
Negeri       : Melaka
 
Kualiti Peserta Semakin Meningkat Saban Tahun 1
 
Kualiti Peserta Semakin Meningkat Saban Tahun 2
 
Kualiti Peserta Semakin Meningkat Saban Tahun 3
 
Kualiti Peserta Semakin Meningkat Saban Tahun 4
 
Kualiti Peserta Semakin Meningkat Saban Tahun 5
 
Kualiti Peserta Semakin Meningkat Saban Tahun 6
 
Kualiti Peserta Semakin Meningkat Saban Tahun 7
 
Kualiti Peserta Semakin Meningkat Saban Tahun 8