WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA, PUTRAJAYA ( 23 JANUARI 2019) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah menganjurkan Bengkel Training of Trainers Du'at 2.0 : Kemahiran Menyantuni Golongan Sasar (Komuniti Penagih Dadah, Remaja Juvana, LGBT Dan PLHIV) kepada warga Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM.

Taklimat  telah disampaikan oleh Dr. Mohd Izwan bin Md. Yusof, Penolong Pengarah (Kanan), Unit Kecelaruan Gender, Cawangan Pembangunan Sosial dan Komuniti, Jakim. Manakala, pengisian ilmu telah disampaikan oleh YBrs. Ustaz Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek yang merupakan panel yang berpengalaman luas dalam isu sosial dan sentiasa bekerjasama dalam mengendalikan program-program di Bahagian KSK.

Bengkel ini merupakan salah satu inisiatif yang dianjurkan bagi memberi maklumat, latihan dan pendedahan secara berperingkat tentang kaedah dan pendekatan dalam mengendalikan program-program Cawangan dalam menyantuni golongan sasar agar mudah untuk melakukan aktiviti turun ke lapangan apabila diperlukan.    

 

68a2f671 be4a 48a0 9674 a7fc4c205dbb copy

 

8f475157 fb78 42bc ab0d 73eb31461fbe copy

 

50550846 2209469579074036 8019328326797623296 n

 

50507934 2209469432407384 8213337316727455744 n

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 21 April 2019.
Jumlah Pelawat :12282251