WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA, PUTRAJAYA (21 FEBRUARI 2019) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah menganjurkan Seminar Rumahku Syurgaku 2019 : “Merencana Kepimpinan Institusi Keluarga Kini” serta Pelancaran Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) dan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) Versi 4 dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat - MAIWP. Seminar ini telah diadakan di Auditorium Kompleks Islam Putrajaya dan menyasarkan seluruh pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam sekitar Lempah Klang khususnya Wilayah Persekutuan Putrajaya, wakil-wakil Jabatan Agama Islam Negeri-negeri seluruh Malaysia, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat awam.

Program ini dilaksanakan dengan menghimpunkan isu-isu dan permasalahan yang timbul merangkumi seluruh aspek kekeluargaan, sosial dan komuniti. Penekanan akan diberi dalam pembentukan keluarga bahagia demi merealisasikan matlamat sakinah, mawaddah dan rahmah.

Seminar ini menampilkan lima (5) orang panelis iaitu Ust. Pahrol bin Mohamad Juoi (Pendakwah dan Penulis), Ust. Muhammad Qayyum Abdul Raof (Pengetua, Khalifah Model School (Secondary)), Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff (Ketua Pegawai Eksekutif PPZ MAIWP), Ustaz Zul Ramli M.Razali (Pendakwah Bebas) dan Puan Noor Afidah Abu Bakar (Certified Positive Parenting Educator, Parent Connect).

Slot bagi Seminar dan Forum telah dikendalikan oleh dua (2) orang moderator iaitu Us. Yuhaniz binti Mohd Yusop, Penolong Pengarah (Kanan) Bahagian KSK dan Dr. Mohd Izwan bin Md. Yusof, Penolong Pengarah (Kanan) Bahagian KSK.

Seminar ini turut diadakan sempena Pelancaran Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) dan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) versi 4. Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) dan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) versi 4 ini telah dilancarkan oleh Dato’ Selamat bin Paigo, Pengarah Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim mewakili Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim, Ketua Pengarah Jakim. Turut hadir di Majlis Perasmian Seminar dan Pelancaran ialah Ustaz Fahmi Ismail, Penolong Pengurus Besar Operasi, PPZ-MAIWP dan wakil Panel Penggubal MBKPI versi 4, Puan Salwana binti Ahmad Dahlan, Timbalan Pengarah (Operasi), Jabatan Agama Islam Selangor.

Pelancaran berakhir dengan penyerahan senaskhah Modul Kepada Dato' Haji Mohd Yusop bin Husin, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak sebagi simbolik pelaksanaan Kursus Praperkahwinan Islam berpandukan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan versi 4 di negeri masing-masing.

Pembangunan dan penggunaan SPPIM ini telah dilaksanakan secara berperingkat di Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri seluruh Malaysia. Negeri Sembilan merupakan negeri pertama yang menjadi perintis pelaksanaan sistem ini iaitu pada 22 Mac 2011, diikuti oleh Melaka pada 23 Jun 2011 dan Perlis pada 27 Julai 2011. Setelah itu ia diikuti oleh negeri Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan. Terdapat banyak penyelarasan yang telah dicapai antara negeri-negeri yang melaksanakan SPPIM dan ia telah memberi impak positif kepada JAIN, agensi-agensi kerajaan yang terlibat dan juga masyarakat khususnya dalam aspek pengurusan perkahwinan,perceraian dan rujuk umat Islam di Malaysia. 

 

Pendaftaran 1

 

Seminar 0

 

Seminar 2

 

Seminar 5

 

PPZ

 

Perasmian 2

 

Perasmian

 

Sesis Petang

 

Sesi Petang 2

 

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 21 April 2019.
Jumlah Pelawat :12282249