WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

PUTRAJAYA, 27 Februari 2019 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga Sosial Dan Komuniti (KSK) telah menganjurkan sesi Lunch Talk YB Hajjah Fuziah Binti Salleh; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Wanita di pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kompleks Islam Putrajaya.

Seramai 48 orang daripada 27 buah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Wanita yang mewakili pertubuhan wanita sosial, rumah perlindungan, rumah pemulihan, pusat jagaan warga emas dan persatuan ibu tunggal telah menghadiri sesi Lunch Talk bersama YB Hajjah Fuziah Binti Salleh; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut sama mengiringi YB Timbalan Menteri ialah YBrs. Puan Hajjah Hakimah binti Mohd Yusoff; Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM serta YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo; Pengarah Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti JAKIM.

Objektif sesi lunch talk ini diadakan adalah bertujuan untuk mewujudkan perkongsian pintar antara kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan bagi mengoptimumkan sasaran objektif, melaksana dan menyelaras program dan aktiviti kebajikan sosial terutamanya golongan wanita dengan lebih efektif dan efisien, melebar luas risalah dan menyantuni ummah berdasarkan gagasan Rahmatan Lil Alamin berteraskan Maqasid Syariah mengikut acuan Model Malaysia serta mengeratkan jalinan kolaborasi strategik dalam usaha membendung gejala sosial.

Pentadbiran mesra berasaskan Maqasid Syariah yang menekankan aspek penjagaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta merupakan teras dalam usaha kerajaan menyediakan keselesaan perkhidmatan kepada semua lapisan masyarakat, memberikan kemudahan tanpa mengetepikan kelompok minoriti dan berinteraksi dengan semua pihak.

Lantaran itu, sinergi antara dua pihak ini amat penting dalam usaha memastikan masyarakat awam khususnya golongan wanita menerima perhatian yang sewajarnya dan tidak dipinggirkan. Justeru itu, perkongsian pintar ini juga secara tidak langsung dapat meringankan bebanan kerajaan, menyediakan fungsi semak dan imbang serta menyuburkan amalan demokrasi khususnya dalam memberikan khidmat kebajikan sosial kepada golongan yang kurang bernasib baik.

LT01

LT02

LT03

LT04




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 27 Jun 2019.
Jumlah Pelawat :12312108