WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

 

PUTRAJAYA, 28 Februari 2019 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti (KSK) telah menganjurkan Bengkel Perancangan dan Penyelarasan Program-Program Sosial Bersama Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN), Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Sosial Islam. Seramai 60 orang peserta telah mengambil bahagian dalam bengkel sehari yang julung kali diadakan ini.

Gerak kerja yang terancang dan tersusun amat diperlukan bagi mencegah dan mengekang gejala sosial dari terus menular disamping bagi memastikan segala program yang dirancang menepati hasrat dan aspirasi pemegang taruh. Sehubungan dengan itu JAKIM, MAIN, JAIN dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) perlu bekerjasama dan berganding bahu demi mengoptimumkan outcome base budget bagi merealisasikan gagasan rahmatan lil alamin. Jalinan kolaborasi bersama rakan strategik ini amatlah bertepatan dan bersesuaian dengan situasi dan cabaran semasa yang mendatang agar permasalahan ini dapat diatasi secara menyeluruh dengan lebih efektif dan efisien.

Pengisian bengkel ini dimulakan dengan sesi perkongsian topik-topik berkaitan seperti;

1) Agihan Asnaf Berkaitan Al-Riqab oleh Pn. Hafizatul Akmal Abdul Jalil dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

2) Agihan Asnaf Zakat MAIWP oleh Tn. Azri bin Ibrahim dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

3) Pengurusan Isu Sosial Remaja oleh Dr. Nurhayati Mardiah binti Manut dari Bahagian Pembangunan Kesihatan, Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

4) Program Sosial Bersama Hijrah Republique oleh En. Mohd Al Khusyairi bin Mohd Ariff dari Pertubuhan Hijrah Republique Network.

5) Program-Program Sosial & Komuniti di JAKIM oleh Pn. Norhayati binti Jaffri dari Bahagian Keluarga Sosial Dan Komuniti (KSK) JAKIM.

Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memudahkan perancangan dan penyelarasan perlaksanaan program-program sosial antara agensi persekutuan, negeri dan NGO. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan jalinan kerjasama strategik dalam usaha membendung gejala sosial secara sukarela serta membuat penyelarasan permohonan dana bagi melaksanakan program dan aktiviti menangani gejala sosial meliputi seluruh negara.

Ia juga sebagai pentas bagi NGO sosial Islam berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pandangan bersama dengan pihak berkuasa agama dalam menangani gejala sosial. Platform ini juga merupakan alternatif mengumpulkan seberapa ramai sukarelawan sosial Islam yang prihatin dan berketrampilan sebagai agen kerajaan bagi membantu masyarakat melalui program menangani gejala sosial. Hasil dari bengkel ini juga akan dapat mewujudkan kerjasama yang mantap antara semua sukarelawan sosial Islam supaya berganding bahu membenteras sebarang gejala sosial dalam kalangan umat Islam.

 

BS01

BS02

BS03

BS04

BS05




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 21 April 2019.
Jumlah Pelawat :12282255