WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA, BANGI, SELANGOR (9 – 10 APRIL 2019) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah menganjurkan Kursus Asas Fasilitator Pascaperkahwinan Islam kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Agama Islam Negeri di seluruh Malaysia. Program ini diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan disertai oleh seramai 40 orang peserta.

 

Antara objektif yang ingin dicapai melalui Kursus ini ialah :

  1. Melatih fasilitator Kursus Pascaperkahwinan Islam berdasarkan Modul Pascaperkahwinan Islam berdasarkan Modul Pascaperkahwinan Islam;
  2. Melahirkan barisan fasilitator yang berkualiti, berpengetahuan dan mampu memberi penerangan kepada masyarakat berkaitan pengisian kekeluargaan berpandukan Modul;dan
  3. Menjadikan barisan fasilitator yang dapat membantu JAKIM menggerakkan pelaksanakan Kursus Pascaperkahwinan Islam di negeri-negeri seluruh Malaysia.
Kursus ini telah dikendalikan oleh tiga (3) orang Master Trainer Modul iaitu Puan Norizan binti Othman (JAIS), Encil Mohamad Zulhelmi bin Mohamad Zailan (JAIS) dan Encik Mohd Hasli bin Othman (JAWI). Disamping melatih bakal fasilitator menggunapakai Modul Pascaperkahwinan Islam yang dibekalkan, Master Trainer JAIS turut berkongsi pengalaman dan realiti pelaksanaan Kursus Pascaperkahwinan Islam yang sebenar di negeri Selangor. Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Selamat bin Paigo, Pengarah, Bahagian Keluarga Sosial Komuniti, Jakim.
 
Sehingga kini, pelaksanaan Kursus Pascaperkahwinan Islam berpandukan Modul ini telah dilaksanakan oleh beberapa buah negeri seluruh Malaysia. Pelaksanaan secara konsisten telah dilaksanakan oleh Negeri Sembilan dan Selangor. Sasaran pelaksanaan pada tahun 2019 akan dilaksanakan secara kerjasama di Negeri Pahang dan Kedah.

 

20190409 120714

 

BACA MODUL

 

BACA MODUL 2

 

BACA MODUL 3

 

 

FASI DISKAS

 

PERASMIAN AUDIEN

 

 

PERASMIAN

 

 

GAMBAR FULL

 

 

 

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 Oktober 2019.
Jumlah Pelawat :12348179