WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

 

Kluang, JOHOR, 29 April, Isnin bersamaan 23 Sya’aban. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial Dan Komuniti sekali lagi telah berjaya mengadakan Seminar Rahmah Menyantuni Ummah’ di Dewan Seminar, Masjid Jamek Bandar Kluang, Johor. Penganjuran seminar ini telah mendapat kerjasama dari Pejabat Kadi Daerah Kluang, Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), PUSPANITA Daerah Kluang dan Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM).

Seramai lebih kurang 350 orang peserta yang telah menyertai program ini antaranya pegawai-pegawai dan kakitangan Agensi Kerajaan dan Swasta, Agensi Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, Persatuan Berdaftar, Kaunselor, Suri Rumah dan pelbagai lapisan masyarakat. Program ini telah bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Razali Shahabudin, Pengerusi Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM)pada jam 12.30 tengahari. Program ini juga turut dihadiri YBrs. Tn. Hj. Mohd Fauzi Bachok; Kadi Daerah Kluang, Pn. Hajah Maimunah Othman; Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Keluarga JAINJ dan Tn. Kamarul Nizal bin Idris; Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial Dan Komuniti JAKIM.

JAKIM mengambil inisiatif dengan melaksanakan pelbagai aktiviti termasuklah intervensi menerusi perkongsian melibatkan pelbagai agensi, institusi agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bergerak secara bersepadu dan terancang dalam usaha membimbing, merawat, memulih dan mengembalikan golongan ini kepada kehidupan fitrah. Objektif utama penganjuran seminar ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran, pengetahuan dan kefahaman yang sahih terhadap peserta berkenaan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender atau singkatannya LGBT melalui aspek psikososial, agama dan kesihatan. Ia juga memberikan pendedahan tentang usaha penyantunan yang telah dilaksanakan terhadap golongan LGBT ini.

Intervensi atau pencegahan melalui pendekatan agama adalah antara usaha yang paling berkesan bagi menangani masalah gejala sosial dalam kalangan umat Islam di negara ini. Pengisian seminar ini dimulai dengan;

  • Slot tazkirah: Tazkiyyatun Nafs (Penyucian Jiwa), oleh Tn. Hj. Mohd Fauzi Bachok, Kadi Daerah Kluang
  • Ceramah 1: “Gejala Sosial Serta Penyelesaiannya Menurut Perspektif Islam” oleh Ustaz Fakhrul Razi, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga JAINJ.
  • Ceramah 2: “Fenomena LGBT: Terancamkah Kesihatan Generasi Kita?” oleh Dr. Fatimah binti Hassan, Pakar Perubatan Keluarga, Pejabat Kesihatan Daerah Kluang.
  • Sesi perkongsian dan bual bicara bersama Encik Mohd Nasir bin Abu Bakar wakil dari komuniti LGBT yang telah berhijrah kepada kehidupan fitrah.
kluang01
 
kluang02
 
kluang03
 
kluang04
 
kluang 05
 
kluang06
 
kluang07
 
DSC 0531



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 20 September 2019.
Jumlah Pelawat :12339125