WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

SHAH ALAM, 4 hingga 5 Julai 2019 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menganjurkan Kursus Asas Fasilitator Pascaperkahwinan Islam peringkat Negeri Selangor bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam, Selangor. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 20 orang peserta terdiri daripada kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

 

Objektif kursus ini adalah bagi melahirkan fasilitator yang berkualiti, berpengetahuan dan mampu memberi penerangan kepada masyarakat berpandukan Modul Bersepadu Kursus Pasca Perkahwinan Islam.

 

Kursus yang berlangsung selama dua hari ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Ustazah Maryam binti Md Zain, Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS dan diteruskan dengan sesi latihan dalam kumpulan yang dikendalikan oleh ketua fasilitator Ustaz Haji Hasli Bin Othman daripada JAWI bersama tiga pembantu fasilitator. Sesi Penutupan kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Ustazah Nik Suhaila binti Nik Husin Penolong Pengarah Kanan Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS dan seterusnya majlis penyampaian sijil penyertaan.

 

Diharap Kursus ini dapat melahirkan penceramah yang mampu melicinkan pelaksanaan Kursus Pascaperkahwinan yang dilaksanakan di Selangor.

 

                                               

 

 3 2   

 

3 copy copy copy copy  

 

 

new

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 20 September 2019.
Jumlah Pelawat :12339049