WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

GURUN, 20 JULAI 2019 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) telah menganjurkan Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Bulan Madu (5 tahun ke bawah) peringkat Negeri Kedah bertempat di The Jerai Hill Resort, Gurun, Kedah. Kursus ini telah berjaya menghimpunkan seramai 18 pasangan (36 orang) suami isteri dari pelbagai agensi kerajaan negeri dan orang awam seluruh Negeri Kedah.   

Objektif kursus ini adalah memberi kesedaran dan motivasi tentang peranan dan tanggungjawab suami isteri dan ibu bapa yang sebenar bagi mewujudkan sebuah keluarga bahagia disamping memberi pendedahan teknik dan kemahiran suami isteri dalam menguruskan soal-soal kehidupan berumahtangga. Selain itu, kursus ini juga dapat meningkatkan dan memantapkan institusi keluarga ke arah menyumbang pencapaian yang cemerlang dalam pembangunan masyarakat dan negara.

Kursus berpandukan Modul ini merupakan Kursus pertama yang diadakan di Kedah dan akan dilaksanakan secara tahunan bermula tahun 2020. Slot Pengurusan Kesihatan Keluarga yang disampaikan oleh Dr. Abdul Jamil bin Ahmad, Pegawai Kesihatan Bandar Kulim, Slot Pengurusan Kewangan Keluarga yang disampaikan oleh Encik Mohamad Mafrukhin bin Mokhtar, Pegawai Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Slot Pengurusan Motivasi dan Psikologi Keluarga yang disampaikan oleh Puan Suzana Ghazali dan Slot Pengurusan Stres melalui Ibadah yang disampaikan oleh Tuan Syeikh Ikmal Mohd Afif bin Azmi, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.

Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan bersama pasangan telah dikendalikan oleh 3 orang fasilitator dengan dibantu oleh 2 orang fasilitator dari JHEAIK yang telah dilatih melalui Kursus Asas Fasilitator Pascaperkahwinan Islam anjuran JAKIM.

Kursus yang berlangsung selama tiga hari dua malam bermula 18 Julai 2019 ini telah dimulakan dengan ucapan perasmian pembukaan oleh YBrs. Dato’ Selamat bin Paigo, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM dan seterusnya majlis penyampaian sijil penyertaan disempurnakan oleh YBhg. Dr Syeikh Hazizan bin Mat Desa, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK).

 

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN

20190718 165737

 

SESI CERAMAH KURSUS

 20190718 203618 2 

 

20190719 114055 copy copy

 

WhatsApp Image 2019 07 20 at 08.56.23

 

20190719 100510 3

 

 SESI AKTIVITI DALAM KUMPULAN

  aktiviti 1 

 

 aktiviti 2

 

 20190719 164402 copy

 

20190719 222627

 

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN 

 DSC 0294 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 20 September 2019.
Jumlah Pelawat :12339050