WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

 
29 Februari : JAKIM melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti telah menganjurkan program Kembara Ekspedisi Jalanan 1/2020 dari Kompleks Islam Putrajaya (KIP) menuju ke Masjid Selat, Melaka. Program yang diadakan ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada peserta melalui aspek psikososial, psikologikal, psikospiritual dan keprihatinan secara lebih holistik dan berkesan di samping membangunkan modal insan yang berkualiti. 
 
Program yang menyasarkan kepada golongan dari kalangan belia tanahair ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Md Azhan bin Samat; Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka pada jam 12.30 tengahari di Masjid Selat Melaka, Negeri Melaka.  Manakala majlis pelepasan pula telah  disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Jaafar bin Ismail; Pengarah Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti JAKIM. Antara tetamu yang hadir semasa majlis pelepasan konvoi ini ialah YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan YBrs. Tuan Hayazi bin Darus, Pemangku Ketua Jabatan Syariah dan Pematuhan Halal QSR Brands (M) Holdings Berhad.
 
Antara pengisian program kali ini ialah aktiviti halaqah secara berkumpulan di antara Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri Melaka dan Putrajaya bersama peserta-peserta konvoi, anak-anak yatim dan pelajar-pelajar asnaf serta penyampaian sumbangan ikhlas oleh peserta-peserta dan agensi kepada golongan yang kurang bernasib baik. Selain dari solat zuhur berjamaah, turut diselitkan juga dengan tazkirah ringkas oleh Imam 1 Masjid Selat Melaka, Negeri Melaka dan segmen santai penghibur jalanan (Buskers) bersama kumpulan As salam Buskers & Zul Handy Black. Malah, rakan-rakan strategik dari pelbagai agensi iaitu Yayasan Ihtimam Malaysia, Yayasan Taqwa, QSR Brands, D’Pondok Bikers dan lain-lain lagi turut menyumbang dalam menjayakan program ini.
 
Program yang bertemakan “Belia Cakna, Risalah Tersebar, Ummah Terbela” ini melibatkan penyertaan seramai 120 orang peserta konvoi yang telah berdaftar antaranya belia dari kelab-kelab motosikal berkuasa rendah, pelajar-pelajar IPTA/IPTS, agensi kerajaan, agensi swasta dan lain-lain lagi. Seramai 80 orang anak-anak yatim dan pelajar-pelajar asnaf telah dijemput hadir bersama ke Masjid Selat Melaka bagi mengisi slot ramah mesra dalam usaha mendekati, menyantuni dan menanam rasa syukur kepada Allah SWT atas segala nikmat yang telah dikurniakan melalui pemerhatian terhadap golongan yang bukan bernasib baik ini.
 
Diharapkan semoga program yang bermanfaat ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
 
Kembara Ekspedisi Jalanan KIP Melaka 25
 
Kembara Ekspedisi Jalanan KIP Melaka 7
 
Kembara Ekspedisi Jalanan KIP Melaka 8
 
Kembara Ekspedisi Jalanan KIP Melaka 9
 
Kembara Ekspedisi Jalanan KIP Melaka 11
 
Kembara Ekspedisi Jalanan KIP Melaka 12
 
Kembara Ekspedisi Jalanan KIP Melaka 5
 
Kembara Ekspedisi Jalanan KIP Melaka 19
 
Kembara Ekspedisi Jalanan KIP Melaka 26 copy
 
 
UKK JAKIM



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 07 Ogos 2020.
Jumlah Pelawat :12440302