WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Usaha melebar risalah menyantuni ummah tidak hanya terbatas kepada golongan tertentu sahaja, bahkan perlu meliputi pelbagai lapisan golongan, peringkat atau komuniti. Setiap individu mendambakan sebuah kehidupan yang aman, makmur dan sejahtera. Keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan hanya dapat dicapai melalui sikap positif dan saling

PROGRAM MENDAYAUPAYA BELIA BEBAS DADAHMajlis perasmian penutup program oleh Tn. Hj Jaafar Ismail Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti yang turut dihadiri Timbalan Naib Canselor USIM

 

hormat-menghormati antara satu sama lain. Namun, isu penyalahgunaan dadah menjadi salah satu punca utama berlakunya jenayah dan maksiat serta menjadi ancaman kepada kesejahteraan masyarakat dan negara.

Demi menjaga, memelihara maslahah dan kepentingan masyarakat Islam dari terus terpengaruh dan terjerumus dalam penyalahgunaan najis DADAH, Bahagian Keluarga Sosial Dan Komuniti (KSK) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Agensi AntiDadah Kebangsaan Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Mendayaupaya Belia Ke Arah Komuniti Bebas Dadah 2020. Antara rakan strategik lain yang turut sama menjayakan program ini Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM), Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dan McDonald’s Malaysia.

 

PROGRAM MENDAYAUPAYA BELIA BEBAS DADAH 4

                   Sesi perkongsian slot Outreach Skills

 

Seramai lebih kurang 150 orang peserta belia dan beliawanis dari Giat Mara Jempol, Kolej University Polytech Mara, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Belia Negeri Sembilan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, pelajar IPTA dari USIM, Unisza, Majlis Daerah Kuala Pilah,   Jabatan Penjara Malaysia, Kelab PEMADAM IPTA USIM yang telah diadakan di D’Kok Eco Camp Kampung Talang Kuala Pilah, Negeri Sembilan dari 03 hingga 05 Mac 2020 yang lalu.

Antara objektif program ini adalah untuk menggalakkan para belia dan pemimpin komuniti secara aktif menyokong usaha dan membendung masalah penyalahgunaan dadah di kawasan komuniti dan organisasi masing-masing, meningkatkan daya kepimpinan dalam kalangan belia dari aspek pengetahuan dan bahaya penyalahgunaan dadah, boleh membimbing ahli-ahli komuniti, memperkasakan peranan belia dalam menangani penyalahgunaan dadah sekaligus menjadi peneraju membanteras dadah dalam mewujudkan komuniti yang selamat, sejahtera dan bebas tanpa dadah.

 

PROGRAM MENDAYAUPAYA BELIA BEBAS DADAH copy

Sesi Outreach Home Visit rumah Orang Kena Pengawasan (OKP) Dadah

 

Penganjuran program ini juga adalah komitmen dan usaha berterusan JAKIM bersama rakan strategik melaksanakan program pendidikan pencegahan dan kerohanian bagi melahirkan khaira ummah seterusnya menjadi pemimpin di masa hadapan.

 

PROGRAM MENDAYAUPAYA BELIA BEBAS DADAH2

Sesi Q & A bersama pegawai AADK Negeri Sembilan

 

Perangi Dadah Habis-Habisan

DADAH Musuh No. 1 Negara

 

 

 

 

 

 

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 29 Mei 2020.
Jumlah Pelawat :12413377