WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Usaha melebar risalah menyantuni ummah tidak hanya terbatas kepada golongan tertentu sahaja, bahkan perlu meliputi pelbagai lapisan golongan, peringkat atau komuniti. Setiap individu mendambakan sebuah kehidupan yang aman, makmur dan sejahtera. Keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan hanya dapat dicapai melalui sikap positif dan salinghormat-menghormati antara satu sama lain. Namun, isu penyalahgunaan dadah menjadi salah satu punca utama berlakunya jenayah dan maksiat serta menjadi ancaman kepada kesejahteraan masyarakat dan negara.

Demi menjaga, memelihara maslahah dan kepentingan masyarakat Islam dari terus terpengaruh dan terjerumus dalam penyalahgunaan najis DADAH, Bahagian Keluarga Sosial Dan Komuniti (KSK) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan PROGRAM RAKAN SETIA KOMUNITI di Masjid Al- Imam Al-Ghazali Bandar Sri Manjalara, Kepong pada 25 Julai 2020 .

Antara rakan strategik lain yang turut sama menjayakan program ini ialah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Wilayah Persekutuan, Persatuan Mencecah Dadah Malaysia(PEMADAM) dan Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM).

Seramai 50 orang peserta terdiri daripada Orang Kena Pengawasan (OKP) dadah telah berjaya menyertai program tersebut yang bertujuan untuk meningkatkan daya kepimpinan dalam kalangan belia dari aspek pengetahuan dan bahaya penyalahgunaan dadah, memperkasakan peranan belia dalam menangani penyalahgunaan dadah sekaligus menjadi peneraju membanteras dadah dalam mewujudkan komuniti yang selamat, sejahtera dan bebas tanpa dadah.

Penganjuran program ini juga adalah komitmen dan usaha berterusan JAKIM bersama rakan strategik melaksanakan program pendidikan pencegahan dan kerohanian bagi melahirkan khaira ummah seterusnya menjadi pemimpin di masa hadapan.

 

20200725 153808

 

20200725 160748

 

Perangi Dadah Habis-Habisan

DADAH Musuh No. 1 Negara




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 24 September 2020.
Jumlah Pelawat :12457254