Portal Ramadan Al-Falah merupakan platform informasi yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sempena Ihya’ Ramadan 1445H / 2024M. Al-Falah yang bermaksud “kejayaan” adalah sejajar dengan Pelan Transformasi Al-Falah yang dicetuskan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Bagi mencapai kemuncak Al-Falah sempena Ramadan kali ini, portal ini menyediakan pelbagai informasi berkaitan ibadah dan panduan amalan soleh untuk dimanfaatkan oleh umat Islam di negara ini. Segala bahan yang disediakan di portal ini boleh dikongsi dan disebarkan sebagai salah satu usaha dakwah. Semoga amalan kita di bulan Ramadan yang mulia ini diterima oleh Allah SWT.