Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Putrajaya, 27 April 2021 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah berjaya menganjurkan Program Konsultasi Kod Etika Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) Negeri 2019 Siri 1/2021 secara atas talian.
 
Program Konsultasi yang bertujuan untuk memberi penjelasan dan kefahaman terhadap kandungan Kod Etika PPA 2019 telah melibatkan 30 orang peserta dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
 
Program ini lebih bermakna apabila sesi konsultasi telah diberikan sendiri oleh Pengarah BPPPS iaitu YBhg. Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim. Program seperti ini diharapkan dapat membantu meningkatkan kompetensi PPA dalam mencapai mardhotillah dan seterusnya memperkasa institusi penguatkuasaan Syariah Negeri-Negeri.
 
Memacu Kompetensi PPA Melalui Konsultasi Kod Etika PPA 2019 1
 
Memacu Kompetensi PPA Melalui Konsultasi Kod Etika PPA 2019 2
 
Memacu Kompetensi PPA Melalui Konsultasi Kod Etika PPA 2019 3
 
Memacu Kompetensi PPA Melalui Konsultasi Kod Etika PPA 2019 4
 
Memacu Kompetensi PPA Melalui Konsultasi Kod Etika PPA 2019 5