jata negara small

KENYATAAN MEDIA
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

 

Pertamanya, saya serta seluruh Agensi Agama Islam Persekutuan, berkongsi rasa sedih atas insiden yang menimpa pesawat Malaysia Airlines, MH 370. Kami percaya, kisah duka tragedi berkenaan turut dirasai bukan sahaja oleh warga Malaysiabahkan seluruh dunia yang sama berharap agar pesawat berkenaan segera ditemui.

Ekoran pengumuman oleh Perdana Menteri, Y. A.B Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa penerbangan malang tersebut telah berakhir di Lautan Hindi, justeru itu, saya menyeru umat Islam di negara ini, agar sama-sama mengadakan bacaan Surah Yassin dan Al Quran serta menganjurkan Majlis Tahlil di masjid-masjid dan surau seluruh negara.

Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil di peringkat Negara, akan diadakan pada malam esok (Khamis, 27 Mac 2014) di Masjid Negara selepas solat Maghrib. Muslimin dan muslimat yang berkelapangan di jemput hadir beramai-ramai untuk sama-sama mengimarahkannya.

Dalam pada itu, seperti mana diputuskan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, penumpang penumpang pesawat berkenaan dikategorikan sebagai Mafqud (orang hilang), oleh yang demikian solat jenazah ghaib terhadap mangsa yang beragama Islam hanya diadakan setelah keputusan pencarian dimuktamadkan. 

Di kesempatan yang amat mencabar ini, kita sebaik sebaiknya, perlu sama sama terus berusaha dan mendoakan yang terbaik agar pesawat berkenaan segera ditemui.

 

Y.B Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Rabu 26 Mac 2014

(latest dan updated statement)