jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
 
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
 
KENYATAAN MEDIA MESYUARAT KHAS ANTARA JAKIM, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DAN AGENSI BERKAITAN MENGENAI PENGESANAN DNA PORCINE DALAM COKLAT SUSU DENGAN KACANG HAZEL-CADBURY DAIRY MILK
 
 
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan mengadakan mesyuarat khas bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Standard Malaysia (JS) dan Jabatan Kimia Malaysia (JKM) berhubung isu penemuan DNA Porcine dalam dua sampel coklat Cadbury; Coklat susu dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1 pada esok, 26 Mei 2014.
 
 
Segala keputusan mesyuarat tersebut akan dimaklumkan kepada media sebaik sahaja mesyuarat selesai. Dalam pada itu juga, Jakim akan turut memanggil syarikat berkenaan untuk mendapatkan maklumbalas lanjut berhubung perkara ini.
 
 
Sehubungan dengan itu, Jakim memohon semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak berasas terhadap isu ini bagi mengelakkan keresahan awam.
 
Sekian, terima kasih.
 
BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA
 
‘Saya Yang Menurut Perintah’
 
DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
25 Mei 2014
 
 
Lampiran :