WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

KRUBONG, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH – Masjid Putra, Putrajaya dengan kerjasama Islamic Outreach ABIM telah mengadakan Kunjungan RAHMAH ke Masjid Cina, yang terletak di Krubong, Melaka.

Program sehari itu turut disertai oleh 30 orang pelajar Non- Muslim dan seorang wakil pensyarah daripada Kolej Antarabangsa Greencity yang mengambil jurusan pelancongan.

Selain berkongsi pengalaman pengurusan masjid berciri pelancongan, kunjungan RAHMAH ini juga bertujuan menimba pengalaman dan mencontohi nilai praktikal serta amalam yang baik.

Beberapa pengisian telah disusun bagi memenuhi matlamat kunjungan, antaranya ialah :

• Slot Masjid Mesra Non-Muslim
• Forum Pengurusan Masjid Pelancongan dan Pengurusan Sukarelawan.
 

Menerusi Slot Masjid Mesra Non-Muslim, para peserta telah didedahkan mengenai input dan maklumat lengkap berkaitan etika serta adab yang perlu diambil kira apabila melawat atau mengunjungi masjid sebagai rumah ibadah.
 
Manakala slot forum telah dijayakan oleh dua orang ahli panel yang didatangkan khas daripada Islamic Outreach ABIM iaitu En Raja Aman Shah dan Hajah Normah Sulaiman.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ybhg. Tuan Haji Ikmal Zaidi bin Hashim, Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya dan dihadiri oleh Ustaz Haji Lukman bin Mohd Hosni, Penolong Pengarah Kanan Masjid Putra, Ustaz Murad bin Ahmad, selaku Imam 1 Masjid Cina, Krubong, Melaka dan Miss Evon Yoke Ching Pensyarah Pengiring dari Kolej Antarabangsa Greencity Kuala Lumpur.
 
Kunjungan Rahmah Ke Masjid Cina 1
 
Kunjungan Rahmah Ke Masjid Cina 3
 
Kunjungan Rahmah Ke Masjid Cina 5
 
Kunjungan Rahmah Ke Masjid Cina 6
 
Kunjungan Rahmah Ke Masjid Cina 7
 
Kunjungan Rahmah Ke Masjid Cina 8
 
Kunjungan Rahmah Ke Masjid Cina 9
 
Kunjungan Rahmah Ke Masjid Cina 10
 
Kunjungan Rahmah Ke Masjid Cina 11
 
Kunjungan Rahmah Ke Masjid Cina 12
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 12 November 2019.
Jumlah Pelawat :12353644