Kurator Berita : Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar
SOM KE 42 BAGI MABIMS 1
Ketua Delegasi Sidang SOM ke-42 bagi MABIMS
 
SOM KE 42 BAGI MABIMS 2
Ahli-Ahli Delegasi Sidang SOM ke-42 bagi MABIMS
 
SOM KE 42 BAGI MABIMS 31
YBhg. Tan Sri Ketua Pengarah JAKIM selaku Ketua Delegasi Malaysia
tekun mengikuti sidang SOM Ke-42
 
SOM KE 42 BAGI MABIMS 42
 Pembentangan Kertas Kerja Tema.
Malaysia diwakili oleh Puan Siti Razmah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah,
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, JAKIM
 
  
 
JOGYAKARTA: Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) Ke-42 bagi Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) telah diadakan pada 25 hingga 28 Oktober 2017 di Hotel Sheraton Mustika, Yogyakarta, Republik Indonesia. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Mulia Prof. Dr. H. Nur Syam, M.Si, Sekretaris Jenderal Kementerian Agama Republik Indonesia selaku Tuan Rumah bagi Sidang SOM Ke-42.
 
Mesyuarat SOM Ke-42 bagi MABIMS diadakan dengan tema “Penanggulangan (Pencegahan) Ekstremisme Melalui Teknologi Informasi”. Tema ini dipilih kerana menyedari pentingnya teknologi maklumat dalam pembangunan masyarakat, dan potensinya sebagai platform dalam penyebaran ekstremisme berbasis agama (yang berbentuk pemahaman, sikap dan tingkah laku yang melampau serta cenderung kepada kebencian dan keganasan), memerlukan perhatian yang serius dan cross sectoral serta pentingnya regulasi untuk mencegahnya. Resolusi tema yang telah dipersetujui adalah seperti berikut:
 
  1. Membentuk rangkaian kerjasama dalam kalangan negara anggota MABIMS, yang akan melibatkan agensi dan institusi yang berkenaan, sebagai alat untuk berkongsi maklumat dan strategi untuk menangani ekstremisme lintas negara.
  2. Membentuk suatu mekanisme kerjasama pencegahan ekstremisme bagi semua pihak untuk memastikan pengendaliannya adalah sistematik dan teratur.
  3. Melibatkan masyarakat dalam usaha pencegahan ekstremisme melalui pemantapan sistem pendidikan, meluaskan akses pembelajaran keagamaan yang moderat dan tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip ajaran Islam yang berasaskan wasatiyah dan bersifat Rahmatan Lil Alamin
  4. Mempertingkatkan literasi media dalam kalangan masyarakat terutama kelompok masyarakat yang rentan (vulnerable).
  5. Memantapkan kerjasama dengan media untuk mengekang penyebaran ekstremisme termasuk mendorong penciptaan naratif perdamaian sebagai counter ekstrimisme dengan memanfaatkan teknologi media sosial.
SOM KE 42 BAGI MABIMS 6
Perjalanan hari pertama Sidang SOM Ke-42 bagi MABIMS 
 
SOM KE 42 BAGI MABIMS 7
Perjalanan hari kedua Sidang SOM Ke-42 bagi MABIMS 
 
 
Sidang SOM kali ini turut melaporkan pelaksanaan Pelan Strategik MABIMS bagi tahun 2016 – 2017 melalui lapan Bidang Kerjasama berikut, iaitu:
 
1. Bidang Kerjasama 1: Memperkasa Kehidupan Beragama. (Negara Penyelaras: Negara Brunei Darussalam)
2. Bidang Kerjasama 2: Membangun Potensi Belia. (Negara Penyelaras: Republik Indonesia)
3. Bidang Kerjasama 3: Meningkatkan Taraf Hidup Umat Islam Yang Memerlukan.(Negara Penyelaras: Malaysia)
4. Bidang Kerjasama 4: Meningkatkan Modal Insan Umat Islam. (Negara Penyelaras: Republik Indonesia)
5. Bidang Kerjasama 5: Meningkatkan Harmonisasi Masyarakat. (Negara Penyelaras: Republik Singapura)
6. Bidang Kerjasama 6: Memperluas Peranan MABIMS Ke Dunia Luar. (Negara Penyelaras: Malaysia)
7. Bidang Kerjasama 7: Menyelaras Rukyah Dan Taqwim Islam MABIMS. (Negara Penyelaras: Republik Indonesia)
8. Bidang Kerjasama 8: Memperkasa Penyelarasan Halal MABIMS. (Negara Penyelaras: Malaysia)
 
Empat (4) kertas kerja tambahan turut dibentangkan sempena mesyuarat kali ini iaitu:
  1. Cadangan Mewujudkan Majlis Perundangan Dan Kehakiman Syariah Nusantara (MPKSN) Di Bawah MABIMS oleh Malaysia.
  2. Cadangan Penyelarasan Mengenai Kawal Selia Al-Quran Dalam Kalangan Negara MABIMS oleh Malaysia.
  3. Makluman Berkaitan Penipuan Pakej Umrah: Perkongsian Pengalaman Malaysia Dalam Menangani Penipuan Pakej Umrah oleh Malaysia.
  4. Cadangan Projek Penerbitan Tafsir Al-Quran (Tafsir Ilmi Ayat-Ayat Kauniyah) MABIMS oleh Negara Brunei Darussalam.
 
SOM KE 42 BAGI MABIMS 8
Pembentangan Kertas Kerja Tambahan oleh JKSM
 
SOM KE 42 BAGI MABIMS 9
Lawatan dan Majlis Makan Malam di Candi Prambanan
 
 
Sidang SOM Ke-42 diakhiri dengan penyampaian dan pertukaran cenderamata dalam kalangan semua ketua SOM negara anggota MABIMS.
 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Putrajaya
Oktober 2017