Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:48 Syuruk : 7:08 Zohor : 1:10 Asar : 4:33 Maghrib : 7:06 Isyak : 8:21

“Tidakku minta, lahir ke dunia, Tidakku duga, cacat begini, Bukanku pinta, kasih dan manja, bukanku rayu bantu simpati”. Nyanyian sebuah lagu yang sering kita dengar di corong radio yang menceritakan penderitaan yang dilalui oleh golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) telah menjadi sinonim dengan masyarakat kita sejak dahulu lagi. Golongan ini dianugerahkan keistimewaan tersendiri yang tidak dimiliki oleh insan normal. Kesabaran yang tinggi amat diperlukan dalam menjaga dan mengawasi golongan ini berikutan kerana sikap dan tingkah laku yang ditonjolkan oleh mereka. 

 

Justeru, dalam usaha menyemarakkan pembudayaan integriti dan nilai-nilai murni dalam kalangan warga Jakim, Unit Integriti dengan kerjasama PUSPANITA Jakim telah menganjurkan Program Infaq Ramadhan 2018 yang diadakan bersempena bulan Ramadhan yang lalu. Majlis pelancaran program tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim pada 21 Mei 2018 (Isnin) di Lobi A, Kompleks Islam Putrajaya.

Antara barangan yang dikumpul hasil sumbangan warga Jakim ialah lampin pakai buang dewasa, beras, minyak masak, gula, cadar dan barangan dapur yang lain. Seramai 30 30 orang warga Jakim secara sukarela telah menyertai Program Ziarah dan Serahan Sumbangan kepada Pusat Jagaan Warga Emas dan OKU Mental, Rawang Selangor yang diadakan pada 7 Jun 2018 (Khamis). Acara pelepasan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Ketua Pengarah Jakim.

Program sebegini telah memberikan impak yang amat bermakna di mana peserta dapat mendengar kisah dan pengalaman pengusaha pusat jagaan yang begitu sabar dan gigih membantu golongan kurang upaya dan tidak berkemampuan.Apa yang lebih menarik peserta bukan sahaja berkongsi rezeki yang diperolehi tetapi juga berkongsi kasih sayang bersama warga pusat jagaan. Semoga nilai-nilai postif yang ditunjukkan ini menjadi contoh kepada semua warga Jakim.

Ucapan penghargaan terima kasih dan tahniah kepada seluruh warga Jakim yang sudi berkongsi rezeki memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk. Tidak lupa sumbangan ikhlas berbentuk wang tunai dan barangan juga telah diterima daripada Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU), Puspanita Jakim dan Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jakim (KKRJ), Semoga program infaq seperti ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan.

 

IF1

Majlis Pelancaran Infaq Ramadhan yang dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Hj. Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim.

IF2

YBhg. Dato’ Hj. Paimuzi bin Yahya dan isteri YBhg. Datin Hajah Marzilah binti Abdul Malek, Timbalan Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Jakim  meletakkan barang-barang ke dalam kotak infaq sebagai simbolik merasmikan majlis ini.

IF3

Majlis Pelepasan Program Ziarah dan Serahan Sumbangan yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Ketua Pengarah Jakim.

IF4

IF5

Meninjau keadaan sekeliling pusat jagaan serta penghuninya.

IF6

IF7

Peserta tidak melepaskan peluang bersama-sama menceriakan pusat jagaan ini bagi menyambut  kedatangan Syawal.

IF8

Sebahagian daripada penghuni yang berkerusi roda kerana tidak mampu berjalan.

IF9

Sebelum berlepas pulang, peserta Jakim dan penghuni bergambar bersama-sama sebagai tanda kenang-kenangan.




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 13 Disember 2018.
Jumlah Pelawat :12248428