VISI
Peneraju Kecemerlangan Pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia Menjelang 2020
 
MISI
Memacu Transformasi Pengurusan Hal Ehwal Islam Untuk Meningkatkan Kemaslahatan Negara Melalui Pemerkasaan Agensi Islam Secara Inovatif dan Strategik
 
SLOGAN 
"Berwibawa dan Berhikmah"
 
OBJEKTIF
  • Memastikan Ajaran Islam Tersebar Luas Kepada Masyarakat
  • Membentuk Kepimpinan Yang Berwibawa dan Melahirkan Tenaga Pengurusan Yang Terlatih, Berketerampilan, Dedikasi dan Berhikmah
  • menghasilkan Sistem Pengurusan Yang Berteraskan Nilai dan Etika Islam
 
NILAI BERSAMA
Warga Jakim berpegang kepada lima (5) Nilai Bersama dalam melaksanakan misinya kea rah pencapaian visi yang ditetapkan, iaitu :
  • Jati Diri
    Mempunyai jati diri yang berjiwa merdeka dalam berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara berdasarkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

  • Amanah
    Menjalankan tugas dengan penuh iltizam, dedikasi dan rasa tanggungjawab selaras dengan aku janji yang telah diikrarkan.

  • Kerjasama
    Menggembeleng tenaga, pengetahuan dan pengalaman melalui semangat kerja berpasukan yang tinggi untuk mencapai visi dan misi organisasi.
  • Iman, Ikhlas, Integriti
    Berkhidmat dengan penuh keimanan, keikhlasan dan berintegriti melalui etika kerja yang sistematik, efisien dan konsisten demi menghasilkan impak yang cemerlang.
  • Mardhatillah
    Bekerja berlandaskan prinsip- prinsip syariah ke arah memartabatkan ummah demi mencapai keredhaan Allah SWT.