KENYATAAN MEDIA

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN


GURU TAKMIR SELURUH NEGARA DAPAT ELAUN PENUH SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
 

Menyedari kesulitan yang dihadapi oleh seramai 4000 orang guru Takmir Masjid lantikan JAKIM di seluruh negara yang tidak dapat melaksanakan tugas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan mulai pada 18 hingga 31 Mac 2020,  YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah bersetuju supaya pembayaran elaun penuh iaitu sebanyak RM800.00 diteruskan kepada Guru Takmir walaupun sesi pembelajaran tidak dapat diadakan sepanjang tempoh tersebut.
 
Ini merupakan sebahagian inisiatif #musaadahcovid19 yang diperkenalkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi meringankan beban pihak yang terjejas dengan wabak COVID-19.
 
Sekian.
 
HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), JAKIM