WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Pada 3 September 2019 yang lalu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah telah berjaya melancarkan sebuah penerbitan terbaru yang bertajuk Pelopor Teori Maqasid Syariah. Ia telah dilaksanakan bersempena program ‘1st International Forum on Islamic Thought’ (I~FIT) 2019. Bersesuaian dengan tema forum iaitu ‘Revitalising Maqasid Shariah Towards a Compassionate Governance’, pelancaran ini menjadi kemuncak Majlis Perasmian forum yang telah dihadiri oleh 500 orang peserta.
 
Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Majlis ini merupakan sejarah penuh bermakna dengan kehadiran salah seorang tokoh yang dimuatkan dalam penulisan tersebut. YB Datuk Seri Dr. Mujahid berkata,
 
             “Malaysia diberi penghormatan dengan kehadiran tokoh yang dikenali yang mana tidak ramai tokoh yang ada                  dalam dunia pada hari ini. Maka salah seorang daripada tiga orang tokoh yang bercakap mengenai Maqasid                  Syariah ialah al-Allamah Shaykh Abdullah bin Bayyah.”
 
Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, penerima anugerah Tokoh Kebangsaan Sambutan Maal HIjrah 1441H, YBhg. Datuk Haji Nordin bin Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM, Puan Hajjah Hakimah binti Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM dan Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati binti Syed Ismail, panelis I~FIT 2019.
 
Buku ini memaparkan biografi ringkas 11 orang tokoh yang menyumbang kepada pembangunan dan pengembangan aplikasi teori Maqasid Syariah dalam segenap bidang. Tokoh-tokoh tersebut merangkumi ulama dari kurun ke-5 iaitu Imam al-Haramain al-Juwayni sehinggalah ulama di abad ini seperti Shaykh Abdullah bin Bayyah (penerima anugerah Tokoh Antarabangsa Sambutan Maal Hijrah 1441H), Dr. Ahmad al-Raysuni dan Prof. Dr. Jasser Auda.
 
Buku ini merupakan usaha JAKIM untuk mengenengahkan kepada masyarakat riwayat hidup para ulama yang membawa pemikiran inklusif dan progresif merentas zaman dan batas geografi. Sebanyak lebih 400 buah naskhah telah diedarkan kepada para peserta yang hadir dalam forum tersebut.
 
 
1 copy copy copy copy copy copy copy copy copy copy
 
 
2 copy copy copy copy copy copy copy copy
 
 
3 copy copy copy copy copy copy copy
 
 
5 copy copy
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 15 November 2019.
Jumlah Pelawat :12354721