Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 26 Julai 2018 - Dalam menjalani kehidupan seharian, orang Islam menjadikan al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW sebagai panduan. Apabila mereka berhadapan dengan isu baharu yang memerlukan penjelasan hukum tetapi tidak disebut dengan jelas dalam sumber perundangan Islam maka fatwa digunakan untuk menentukan hukum.

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerusi Kluster Ilmu Teras di bawah Pelan Operasi Latihan (POL) JAKIM telah mengadakan Kursus Pengurusan Fatwa pada 24 hingga 26 Julai 2018 bertempat di ILIM, Bangi.

Kursus ini dihadiri seramai 13 orang Pegawai Hal Ehwal Islam Gred 41-44 ini bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran pegawai dalam metodologi pembinaan hukum serta melahirkan pegawai yang memiliki kemahiran menginstinbat hukum serta menghurai isu dan masalah semasa berdasarkan sumber rujukan utama.

Semoga usaha program di bawah POL ini berupaya melahirkan pegawai yang berilmu, berwibawa dan berkemahiran dalam pengurusan fatwa.

fatwa1