Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:40 Syuruk : 7:01 Zohor : 13:13 Asar : 16:37 Maghrib : 19:21 Isyak : 20:35

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Unit Indeks Syariah Malaysia menganjurkan program Temu Mata Maqasid Syariah Zon Timur bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang diadakan pada 18 April 2017 di Dewan Nilam, TH Hotel, Kuala Terengganu. Program Temu Mata Maqasid Syariah adalah salah satu program penerangan dan penjelasan Indeks Syariah Malaysia kepada pelbagai kelompok masyarakat antaranya kelompok orang bukan Islam, Ahli-Ahli Parlimen, wanita dan kali ini kepada kumpulan pemimpin mahasiswa dan NGO belia.

Seramai 200 orang pemimpin mahasiswa yang terdiri daripada ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Awam seperti UNISZA, UMT, UiTM, IPG dan beberapa Ngo seperti ABIM, PKPIM, MBM dan Sahabat YADIM. Turut hadir Tan Sri Dato Haji Othman Mustapha dan Tuan Masri Bin Razali.

YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Haji Baharom, menteri di Jabatan Perdana Menteri telah memberi penerangan mengenai dasar baru kerajaan iaitu Indeks Syariah Malaysia dan berdialog dengan para peserta dia atas tajuk Maqasid Syariah dalam urus Tadbir Negara. Selain itu, fokus perbincangan berpusat kepada Indeks Syariah Malaysia dan peranan para belia untuk menjadi agen penyampai maklumat kepada masyarakat berkaitan Indeks Syariah.

Turut menyentuh tentang isu-isu semasa berkaitan Islam di Malaysia agar para peserta mendapat makumat secara "first hand" daripada membaca di media-media sosial yang belum tentu kesdahihannya. Alhamdulillah program ini mendapat reaksi yang positif untuk memasyarakatkan agensi Agama bersama kumpulan sasar.

17991380 664031190447861 8802178772971552811 o copy

18010395 1312440632172042 8126363552830687531 n

17952660 1312440472172058 5140835803021427983 n

IMG 20170419 WA0017

IMG 20170419 WA0012




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 25 Mei 2017.
Jumlah Pelawat :10942061