Kurator Berita : Darul Quran
Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr Musa Bin Ahmad, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berserta delegasi telah mengadakan lawatan ke Darul Quran.
 
Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr Musa yang dalam rangka lawatan selama dua hari telah menghadiri taklimat bersama pengurusan tertinggi Darul Quran, perjumpaan bersama pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah USIM-DQ serta Program Mendaki Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu pada keesokannya.
 
Y.Bhg. Dato’ Haji Razali Bin Shahabuddin, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Islam Jakim telah berbesar hati untuk turut hadir bersama meraikan delegasi USIM seterusnya memberikan ucapan aluan dalam taklimat bersama para tetamu.
 
Beliau yang dalam ucapan aluannya telah mengucapkan selamat datang kepada para tetamu dan telah menyatakan sejarah berkaitan hubungan kerjasama antara Darul Quran dengan USIM berkenaan program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah.
 
Beberapa perkara telah dibincangkan dalam taklimat tersebut terutama berkaitan pelajar-pelajar ijazah serta perkara-perkara berkaitan kerjasama antara USIM dan Darul Quran. Selesai taklimat, Y.Bhg. Prof. kemudiannya dibawa ke dewan taklimat Perpustakaan Darul Quran untuk perjumpaan bersama para pelajar ijazah.
 
Pihak pengurusan tertinggi USIM turut berbesar hati menyumbangkan 10 buah basikal kepada pelajar-pelajar Darul Quran Jakim.
 
Naib Canselor USIM Lawatan Kerja DQ 1
 
Naib Canselor USIM Lawatan Kerja DQ 2
 
Naib Canselor USIM Lawatan Kerja DQ 3
 
Naib Canselor USIM Lawatan Kerja DQ 4
 
Naib Canselor USIM Lawatan Kerja DQ 5
 
Naib Canselor USIM Lawatan Kerja DQ 6
 
Naib Canselor USIM Lawatan Kerja DQ 7