VISI, MISI, OBJEKTIF, FUNGSI DAN PIAGAM PELANGGAN

VISI
ICT pemacu transformasi pemodenan sistem penyampaian perkhidmatan hal ehwal Islam ke arah globalisasi
 
 
MISI
  1. Memperkasakan kapasiti ICT bagi meningkatkan kualiti maklumat hal ehwal Islam sebagai rujukan utama dalam melahirkan khaira ummah
  2. Memantapkan pengurusan hal ehwal Islam melalui pembudayaan ICT dan perkongsian maklumat secara inovatif
 
OBJEKTIF
Mempastikan penggunaan ICT secara yang berkesan-kos, menepati masa, mesra pengguna dan memenuhi semua keperluan pengguna.
 

FUNGSI
  1. Merangka strategi dan perancangan ICT JAKIM selaras dengan Misi, Visi, Objektif dan Fungsi JAKIM
  2. Menyediakan prasarana ICT JAKIM untuk jangka pendek dan jangka panjang
  3. Melaksanakan kajian kesauran, pembangunan dan perlaksanaan sistem-sistem yang sesuai untuk meningkatkan prestasi pengurusan Hal Ehwal Islam di bawah bidang tugas JAKIM, termasuk intranet dan ekstranet
  4. Mengurus personel, perisian dan perkakasan ICT di JAKIM dengan sempurna
  5. Mengkompil maklumat-maklumat Islam yang perlu secara bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk manfaat ummah
  6. Memantau dan menilai perkembangan ICT dan impaknya dalam pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia dan di seluruh dunia serta mencari cara menanganinya secara yang bersesuaian
  7. Menjadi penasihat kepada pengurusan JAKIM dalam penggunaan ICT secara menyeluruh
  8. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Maklumat dan ICT Hal Ehwal Islam Malaysia (JAMEIM) dalam melaksanakan projek utama SISMI.
 
PIAGAM PELANGGAN
  1. Berusaha memastikan perkhidmatan Portal JAKIM beroperasi pada kadar 99.5 peratus setahun
  2. Berusaha memastikan rangkaian dalaman yang selamat dan beroperasi pada kadar 99.5 peratus setahun
  3. Berusaha memastikan sistem aplikasi dan emel beroperasi pada kadar 99.5 peratus setahun
  4. Memberikan bantuan teknikal (Help Desk) dalam hari yang sama di Ibu Pejabat atau dalam tempoh 2 hari di luar ibu pejabat (sekitar Lembah Klang).
  5. Mengadakan penambahbaikkan sekurang-kurangnya dua (2) sistem aplikasi setahun
  6. Menjalankan kajian keperluan pembangunan sistem dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh permohonan