JAKIM CAWANGAN SABAH

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA CAWANGAN SABAH
Aras 6, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS, Peti Surat 14725, 88854 Kota Kinabalu, Sabah.
No. Tel : 088-488 641 / 642 / 643
No. Fax : 088-488 645
 
 
LATAR BELAKANG
 
JAKIM bertapak di Sabah bermula pada tahun 1978 apabila Bahagian Ugama Jabatan Perdana Menteri menghantar dua orang pegawai agama ke Sabah. Kedua-dua pegawai ini bertugas sebagai Pegawai Perhubungan kepada Institusi Dakwah dan Latihan Islam (INDAH) dan Pusat Penyelidikan Islam (PPI) Bahagian Ugama Jabatan Perdana Menteri.
 
Ianya berfungsi untuk mempertingkatkan penyelarasan aktiviti dakwah bersama MUIS, JHEAINS, USIA, agensi-agensi kerajaan, badan-badan dakwah dan NGO’S di negeri Sabah. Pejabat Bahagian Ugama, JPM yang paling awal terletak di sebuah rumah kedai dua tingkat, yang terletak di Jalan Penampang, Kota Kinabalu.
 
Cawangan ini telah diperluaskan fungsinya apabila Kerajaan Negeri Sabah menyerahkan empat buah Pusat Latihan Dakwah (PLD) kepada Kerajaan Persekutuan untuk diurustadbirkan iaitu PLD Keningau, PLD Sikuati, Kudat, PLD Tongod (1984) dan PLD Kundasang(1987) manakala pada tahun 1999 sebidang tanah di Lahad Datu telah diberi oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk pembinaan Pusat Latihan di Pantai Timur Negeri Sabah.
 
Pada tahun yang sama (1984) Bahagian Hal Ehwal Islam, JPM (BAHEIS) secara rasminya menubuhkan cawangannya di Sabah dengan nama BAHEIS Bahagian Sabah dengan tambahan enam orang lagi pegawai yang ditempatkan di pusat-pusat latihan sebagai tenaga pengajar. Pada tahun 1985, apabila Kompleks Wisma MUIS siap dibina, BAHEIS Bahagian Sabah telah berpindah ke Wisma MUIS sehinggalah sekarang.
 

Pada 1 Januari 1997, BAHEIS telah dinaikkan taraf menjadi sebuah Jabatan dikenali Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri. Sehubungan dengan itu BAHEIS Bahagian Sabah telah dikenali dengan nama baru iaitu JAKIM Cawangan Sabah. Sehingga tahun 2005 keseluruhan pegawai dan kakitangan JAKIM Cawangan Sabah berjumlah 107 orang.

Berikut adalah fungsi utama Jakim Cawangan Sabah:
 
1) Membantu mempertingkatkan penyelarasan program dan aktiviti dakwah bersama agensi-agensi Islam Negeri Sabah; Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Pejabat Mufti Negeri Sabah, Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Seluruh Sabah.
 
2) Mentadbir urus dan menyelaras program latihan di 4 buah institusi latihan yang diserahkan oleh kerajaan Negeri Sabah; Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS), Pusat Latihan Dakwah Kudat (PLDK), Pusat Latihan Islam Kundasang (PLIK) dan Pusat Latihan Islam Lahad Datu (PLILD).
 
3) Merancang, mengurus dan melaksanakan program Kelas Al-Quran Fardhu Ain (KAFA) kepada kumpulan sasar (Kanak-kanak berumur 7 ? 12 Tahun) di Negeri Sabah.
 
4) Membantu mempertingkatkan kualiti modal insan para pendakwah dan saudara baru di Negeri Sabah melalui kursus/seminar/latihan.
 
5) Memperkukuhkan jalinan hubungan (networking) antara agensi kerajaan, NGO?s & masyarakat awam di Negeri Sabah.
Sindiket kandungan