No public posts in this group. You must login and become a member in order to post messages, and view any private posts.

JAKIM CAWANGAN SARAWAK

Aras 9, Majma' Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,
Lorong P.Ramlee 5,Jalan P.Ramlee,
93400 Kuching, Sarawak.
No. Tel : 082-507224    No. Faks : 082-507217
 
LATAR BELAKANG

 

Sejarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Cawangan Sarawak bermula dengan pengujudan sebuah Unit Latihan dan Dakwah (INDAH) di bawah Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Sarawak pada 11 September 1978. Unit berkenaan dipelopori oleh empat orang pegawai yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP). KPP tersebut turut bertanggungjawab mengetuai Unit INDAH, Sabah.
 
Pada tahun 1984, berikutan dengan penyusunan semula Bahagian Agama JPM, jawatan KPP INDAH di Sarawak telah dinaikkan tarafnya. Pentadbiran Unit INDAH Sarawak dan Sabah dipisahkan dan masing-masing mempunyai pentadbirannya sendiri serta dikenali sebagai Unit Dakwah Sarawak dan Sabah. Berikutan dengan itu jumlah pegawai dan kakitangan turut bertambah dan aktiviti dakwah di Cawangan Sarawak diperkembangkan dengan penubuhan tiga unit iaitu Unit Sibu, Unit Miri dan Unit Lawas. Unit Sibu merangkumi Bahagian Sibu, Sarikei dan Kapit. Manakala Unit Miri merangkumi Bahagian Miri serta Bintulu dan Unit Lawas merangkumi Bahagian Limbang.
 
Pada tahun 1987, Bahagian Agama, JPM ditukar kepada Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), JPM. Bermula pada 1 Januari 1997, BAHEIS Cawangan Sarawak telah dinaikkan taraf menjadi Jakim Cawangan Sarawak seiring dengan kenaikan taraf BAHEIS, JPM kepada Jakim. Selain itu, Jakim Cawangan Sarawak turut diperluas fungsinya untuk mengurus tadbir Pusat Latihan Sarawak, Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak dan Pusat Latihan Lawas.
Sindiket kandungan