Bahagian Media

Sektor Pembangunan Insan

Aras 3, Blok D 9, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62519, Putrajaya.
No Tel : 03 8886 4419
No Faks: 03 8889 2643
 
 
LATAR BELAKANG
 
Pada tahun 1968 persidangan Majlis Raja-Raja Melayu telah memutuskan bahawa perlunya badan bagi menggembleng usaha pembangunan dan kemajuan umat Islam di Malaysia, selaras dengan taraf negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang semakin kukuh serta mendapat perhatian dunia antarabangsa.
 
Menyedari hakikat ini, satu urus setia kepada Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam (MKI)  Malaysiatelah ditubuhkan bagi memelihara kesucian akidah dan ajaran Islam. Urus setia ini kemudiannya telah dikembangkan sebagai Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri yang kemudiannya  dinaiktaraf sekali lagi menjadi Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS).
 
Untuk memudahkan kerja-kerja dan fungsi BAHEIS agar lebih berkesan dalam bidang informasi dakwah Islamiah kerajaan memutuskan satu unit Penyiaran ditubuhkan di bawah kawalan Cawangan Dakwah BAHEIS. Akhirnya pada 1 Jun 1994kerajaan (kabinet) mengarahkan dua unit Penyiaran di RTM (Unit Dakwah Radio dan Unit Dakwah TV) dipindahkan ke BAHEIS. Unit ini dinamakan Unit Dakwah Radio dan TV atau ringkasnya UDRTV.
 
Pada 1 Januari 1997, selaras dengan usaha-usaha kerajaan untuk menaikkan taraf pentadbiran syariah di peringkat kebangsaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ditubuhkan bagi mengambil alih kuasa dan peranan BAHEIS. Unit Dakwah Radio dan TV BAHEIS ditukarkan nama kepada Bahagian Penyiaran JAKIM @ Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran atau ringkasnya MEP.   Bermula pada tahun 2010,  Bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Media.
 
Pada awal tahun 2009 aktiviti cawangan radio MEP telah bertambah dengan wujudnya saluran radio JAKIM iaitu Salam fm yang beroperasi dari konti Asyik fm di Wisma Radio, Angkasapuri dengan frekuensi 91.1 fm yang bersiaran dari pukul 1.00 pagi hingga 8.00 pagi setiap hari. Siaran pertama Salam fm bermula pada 15 Februari 2009 dengan tagline Menjana Minda Ummah.
Sindiket kandungan