Hafazan Peringkat Kebangsaan Kali ke 31

 MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 31 TAHUN 1431H/2010M
0
TARIKH MAJLIS
21 hingga 25 April 2010M
6 bingga 10 Jamadilawal 1431H
 
TEMPAT
Melaka Bandaraya Warisan Dunia
 
TEMA
"Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah"
 
JUMLAH PESERTA
Seramai 73 orang peserta dijangka akan mengambil bahagian terdiri daripada 40 orang peserta lelaki dan 33 orang peserta perempuan. 
 
KEPUTUSAN MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-27 TAHUN 1428H/2007M
 
A. 1 – 10 JUZUK (LELAKI)
 
(i) Tempat Ketiga :
Nama       :        Muhammad Naazir bin Sheikh Alaudeen
Negeri      :        Selangor
Markah     :        96.42% 
 
(ii) Tempat kedua :
Nama       :        Muhammad Haikal bin Mohd Aris
Negeri      :        Melaka
Markah     :        97.58%
 
(iii) Tempat Pertama :
Nama       :        Ahmad Termizi bin Hj Ali
Negeri      :        Terengganu
Markah     :        99.19% 
 
B. 1 – 10 JUZUK (PEREMPUAN)
 
(i) Tempat Ketiga :
Nama       :        Zainab binti Sapiuddin
Negeri      :        Sabah
Markah     :        94.80%
 
(ii) Tempat Kedua
Nama       :        Siti Hajar Nabilah binti Mohd Darha
Negeri      :        Selangor
Markah     :        95.22%
 
(iii) Tempat Pertama :
Nama       :        Farihah binti Zulkifli
Negeri      :        Wilayah Persekutuan
Markah     :        96.04%
 
 
C. 1 – 20 JUZUK (LELAKI)
 
(i) Tempat Ketiga :
Nama       :        Muhamad Khairul Razikin bin Abdul Razak
Negeri      :        Sabah
Markah     :        95.08%
 
(ii) Tempat Kedua :
Nama       :        Mohamad Fida’iy bin Zainal Abidin
Negeri      :        Selangor
Markah     :        95.70%
 
(iii) Tempat Pertama :
Nama       :        Mohd Iqram bin Niyaz Ahmad
Negeri      :        Kelantan
Markah     :        97.80%
 
D. 1 -20 JUZUK (PEREMPUAN)
 
(i) Tempat Ketiga :
Nama       :        Nur Amalina binti Azharuddin
Negeri      :        Melaka
Markah     :        91.80%
 
(ii) Tempat Kedua :
Nama       :        Khairunnisah binti Zaini
Negeri      :        Johor
Markah     :        94.63%
 
(iii) Tempat Pertama :
Nama       :        Farah Nabilah binti Amindin
Negeri      :        Selangor
Markah     :        95.75%
 
 
E. 1 – 30 JUZUK (LELAKI)
 
(i) Tempat Ketiga :
Nama       :        Mohd Labib bin Mohamad Anuar
Negeri      :        Selangor
Markah     :        94.93%
 
(ii) Tempat Kedua :
Nama       :        Muhammad Hariz Syazwan bin Mohd Ariffin
Negeri      :        Kelantan
Markah     :        97.85%
 
(iii) Tempat Pertama :
Nama       :        Ahmad Mujahid bin Salleh Sani
Negeri      :        Wilayah Persekutuan
Markah     :        97.88%
 
F. 1 – 30 JUZUK (PEREMPUAN)
 
(i) Tempat Ketiga :
Nama       :        Siti Farhana binti Zainudin
Negeri      :        Melaka
Markah     :        86.75%
 
(ii) Tempat Kedua :
Nama       :        Mazian binti Abu Bakar
Negeri      :        Wilayah Persekutuan
Markah     :        94.83%
 
(iii) Tempat Pertama :
Nama       :        Siti Nadhira binti Shafie
Negeri      :        Selangor
Markah     :        97.33%
 
KEPUTUSAN MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-27 TAHUN 1427H/2006M
 
1-5 juzuk (Lelaki)
Johan          :        Rochmatul Kubro bin Abd. Bashari dari Kelantan
Naib Johan :        Abd Aziz bin Mohd Isa dari Wilayah Persekutuan
Ketiga          :        Mohd Fadaiy bin Zainal Abidin dari Kedah
 
1-5 juzuk (perempuan)
Johan          :        Nurasilah binti Hashim dari Kedah
Naib Johan:        Ain Adilah binti Mohd Adlan dari Selangor
Ketiga          :        Fatimah binti Abd Azizi dari Sarawak
 
1-15 juzuk (Lelaki)
Johan          :        Ahmad Zulkifli bin Mamat dari Kelantan
Naib Johan:        Muhammad Nur Aizad bin Azahari dari Selangor
Ketiga          :        Asrun Najah bin Haji Shaadudin dari Perak
 
1-15 juzuk (Perempuan)
Johan          :        Nur Munirah binti Mohd Nor dari Kelantan
Naib Johan:        Siti Samihah binti Zakaria dari Selangor
Ketiga          :        Siti Nadhira binti Mohd Shafie dari Wilayah Persekutuan
 
1-30 juzuk (Lelaki)
Johan          :        Mohd Zulkifli bin Bharuddin @ Md Razali dari Kedah
Naib Johan:        Abdullah al-Mukhlis bin Abd Rahman dari Terengganu
Ketiga          :        Marzaki bin Razak dari Johor
 
1-30 juzuk (Perempuan)
Johan          :        Faizah binti Haji Achmad Fatoni dari Selangor
Naib Johan:        Nurul Atikah binti Sharudin dari Perak
Ketiga          :        Siti Fatimah binti Ali Hassan dari Melaka
 
PERATURAN MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN (Pindaan 2005)
__________________________________________________
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Nama dan Pemakaian
Peraturan ini dinamakan Peraturan Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan.
Peraturan ini hendaklah hanya terpakai bagi Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan.
 
Tafsiran
Dalam peraturan ini melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain –
  • “Majlis” ertinya Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan;
  • “Urusetia” ertinya Urusetia Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan;
  • “Jawatankuasa Induk” ertinya Jawatankuasa Induk  Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan;
  • “Penganjur” ertinya agensi yang menguruskan penganjuran Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia;
BAHAGIAN II
PELAKSANAAN MAJLIS
Anjuran dan Kelolaan
Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan dan diuruskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.  Pelaksanaannya dikelolakan sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Induk Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan dan dipengerusikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
 
Perlantikan Jawatankuasa Kecil
Jawatankuasa Induk berhak menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa kecil di bawahnya bagi tujuan membantu pelaksanaan majlis.
 
Tarikh Majlis Diadakan
Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan hendaklah diadakan pada satu tarikh yang ditetapkan oleh penganjur.
 
Kategori Perujian
Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu:
  • Kategori Pertama: 1 hingga 5 juzuk (lelaki dan perempuan);
  • Kategori Kedua: 1 hingga 15 juzuk (lelaki dan perempuan);
  • Kategori Ketiga:  1 hingga 30 juzuk (lelaki dan perempuan).
Pembahagian Hadiah
Kadar wang tunai dan nilai hadiah iringan akan dikaji setiap lima tahun kepada  pemenang mengikut kategori bagi lelaki dan perempuan.
 
Hadiah utama iaitu wang tunai berserta hadiah-hadiah iringan diberikan kepada Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga bagi setiap kategori.
 
Setiap peserta yang tidak mendapat hadiah utama akan diberi hadiah sagu hati berbentuk wang tunai.
 
Setiap peserta yang mengambil bahagian akan diberi  cenderamata dan sijil penyertaan.
 
Bentuk hadiah kepada pemenang dan peserta yang mengambil bahagian ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan.
 
BAHAGIAN III
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Kategori Pertama: 1 hingga 5 Juzuk

  • Peserta Kategori Pertama hendaklah berumur tidak kurang dari 10 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tarikh Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun berkenaan. 
  • Peserta yang pernah mendapat Johan Kategori Pertama atau pernah mengambil bahagian dalam kategori yang lebih tinggi, adalah tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam kategori ini pada tahun-tahun berikutnya.  Sekiranya tidak mendapat Johan, ia dibenarkan mengambil bahagian dalam kategori ini hanya setakat tiga kali sahaja, tetapi dibenarkan mengambil bahagian pada kategori yang lebih tinggi.
Kategori Kedua: 1 hingga 15 Juzuk
  • Peserta Kategori Kedua hendaklah berumur tidak kurang dari 12 tahun dan tidak melebihi 24 tahun pada tarikh Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun berkenaan.
  • Peserta Kategori Kedua hendaklah belum pernah mengambil bahagian dalam Kategori Ketiga pada tahun-tahun sebelumnya.
  • Peserta Kategori Kedua hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam kategori ini sebanyak tiga kali sahaja ( berturut-turut atau berselang ) kecuali Johan tidak dibenarkan mengambil kategori yang sama, tetapi dibenarkan mengambil bahagian dalam kategori yang lebih tinggi.
Kategori Ketiga: 1 hingga 30 Juzuk
  • Peserta Kategori Ketiga hendaklah berumur tidak kurang dari 15 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun berkenaan.
  • Setiap peserta dalam Kategori Ketiga hanya dibenarkan menyertai  Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan sebanyak tiga kali sahaja.
  • Peserta yang telah menjadi Johan Kategori Ketiga tidak dibenarkan menyertai Majlis ini pada tahun-tahun seterusnya.
Syarat-syarat Umum
  • Semua peserta hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia yang beragama Islam.
  • Setiap negeri boleh mengemukakan hanya dua orang peserta sahaja (seorang lelaki dan seorang perempuan) bagi setiap kategori.
  • Peserta yang menyertai Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri melebihi satu negeri dalam tahun yang sama tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan pada tahun berkenaan. Jika ia dapat dikesan maka penyertaannya terbatal.
  • Peserta hendaklah bermastautin di negeri yang ia mewakili sekurang-kurangnya dua tahun sebelum tarikh majlis diadakan.  Kelayakan peserta bermastautin hendaklah mengikut alamat terakhir yang tercatat dalam kad pengenalan atau kad tukar alamat, kecuali anggota beruniform hendaklah mendapat surat pengesahan daripada pegawai pemerintahnya.
  • Seseorang peserta yang telah berpindah ke negeri lain atau menyambung pengajian di pusat-pusat pengajian boleh mewakili negeri asalnya dengan syarat perpindahan tersebut tidak melebihi enam bulan dari tarikh beliau mula berpindah.  Bagi kaki tangan kerajaan hendaklah mendapat pengesahan daripada ketua jabatan, manakala bagi pelajar-pelajar hendaklah mendapat pengesahan daripada ketua institusi yang berkenaan.
  • Peserta perempuan yang menyertai Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan hendaklah dalam keadaan tidak uzur syar‘ie semasa ujian dijalankan kepadanya.
  • Setiap peserta lelaki hendaklah memakai Pakaian Kebangsaan yang lengkap dan kemas (bersongkok, bersamping, berkasut dan berstokin)  semasa majlis berlangsung khususnya ketika mempersembahkan bacaan dan Majlis Penyampaian Hadiah.
  • Setiap peserta perempuan hendaklah memakai pakaian yang sesuai (menutup aurat) dan tidak dibenarkan memakai pakaian yang menutup muka ketika mempersembahkan bacaan dan Majlis Penyampaian Hadiah.
  • Peserta yang benar-benar memerlukan bantuan sama ada disebabkan oleh kecacatan anggotanya atau kurang upaya, boleh membawa seorang pengiring ke majlis ini dan memaklumkannya kepada urusetia.
  • Setiap peserta hendaklah mengisi borang penyertaan sendiri dan menyerahkannya kepada urusetia negeri berserta satu salinan kad pengenalan dan kad tukar alamat jika berkaitan.
  • Peserta yang gagal memenuhi syarat-syarat di atas maka penyertaannya terbatal.
 
BAHAGIAN IV
PERUJIAN DAN PENGHAKIMAN
 
Bentuk Perujian 
  • Setiap peserta diuji hafazan al-Quran melalui beberapa potongan ayat daripada juzuk-juzuk yang ditetapkan. Peserta dikehendaki mempersembahkan bacaan hafazannya mulai daripada ayat-ayat yang dikemukakan dalam tempoh masa tertentu dengan mengambil kira kelancaran hafazan, hukum tajwid, fasohah, suara, persembahan dan lagu.
  • Pilihan dan Penentuan Ayat
  • Setiap peserta dikehendaki memilih satu sampul surat yang mengandungi ayat-ayat yang ditentukan melalui undian yang dijalankan.
  • Setiap peserta tidak mengetahui ayat-ayat yang dipilihnya melainkan setelah ayat-ayat itu dikemukakan kepadanya oleh Hakim Fatih.
  • Setiap peserta akan diuji dengan permulaan ayat yang berlainan antara seorang peserta dengan peserta lain.
  • Setiap peserta dikehendaki membaca secara hafazan ayat-ayat yang telah diundi berpandukan arahan Hakim Fatih dan Hakim Munabbih.
  • Peserta yang melakukan kesilapan bacaan yang nyata (جَلِيٌّ) akan ditegur oleh Hakim Munabbih.
  • Setiap peserta yang gagal menjawab semua soalan yang dikemukakan oleh Hakim Fatih, peserta boleh diminta oleh Hakim Fatih untuk membaca mana-mana ayat yang dihafaznya, tetapi bacaannya itu tidak diberi markah.
Cara Mengemukakan Ayat dan Masa Bacaan
  • Hakim Fatih akan mengemukakan soalan dan peserta dikehendaki memulakan bacaan mengikut arahan Hakim Fatih.  Tempoh masa ujian ialah seperti berikut:
    • Kategori Pertama :       9 minit (3 minit x 3 soalan)
    • Kategori Kedua     :       10 minit (2 ½ minit x 4 soalan)
    • Kategori Ketiga     :       (i)   Hafazan = 12 minit (2 minit x 5 soalan), (ii)  Tafsir = 2 soalan.
  • Hakim Fatih boleh menamatkan bacaan ujian pada bila-bila masa jika difikirkan perlu.
Jenis dan Cara Bacaan
  •  Peserta boleh memilih bacaan daripada riwayat-riwayat yang mutawatir selain daripada Riwayat Hafs tetapi hendaklah memaklumkannnya kepada urusetia.
  • Peserta dikehendaki mempersembahkan hafazan secara tadwir sahaja.
  • Peserta dikehendaki membawa sekurang-kurangnya dua lagu daripada lagu asas dalam keseluruhan hafazannya.
Penentuan Bilangan Peserta Pada Setiap Sesi
  • Jawatankuasa Induk berhak menentukan bilangan peserta yang membaca pada setiap sesi.
 

Jemaah Hakim

  • Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan dihakimi oleh anggota Jemaah Hakim seperti berikut:
    • Pengerusi dilantik oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan;
    • Timbalan Pengerusi dan Setiausaha dilantik oleh Pengerusi Jemaah Hakim;
    • Jemaah Hakim yang terdiri daripada 12 orang dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan untuk mendapat pandangan dan perakuan sebelum  dilantik oleh Pengerusi Jemaah Hakim.
Senarai tugas dan jumlah hakim bagi setiap bidang adalah seperti berikut :
  • Dua orang Hakim Fatih;
  • Dua orang Hakim Munabbih;
  • Dua orang Hakim Hafaz dan Lancar;
  • Dua orang Hakim Tajwid;
  • Dua orang Hakim Fasohah;
  • Dua orang Hakim Suara, Persembahan dan Tarannum.

Urusetia Jemaah Hakim

  • Urusetia Jemaah Hakim dilantik oleh Pengerusi Jemaah Hakim;
  • Jemaah Hakim dibantu oleh:
    • Dua orang Jurukira
    • Dua orang Penjaga Masa
    • Dua orang petugas mengedar, mengumpul dan menyusun borang pemarkahan.
 
Tugas Pengerusi Jemaah Hakim
 
Pengerusi Jemaah Hakim bertanggungjawab mengatur dan mentadbir cara penghakiman yang lengkap dengan memastikan ia dijalankan secara penuh amanah dan rahsia.  Di samping itu beliau bertanggungjawab menguruskan perkara-perkara berikut:
  • Mempengerusikan mesyuarat Jemaah Hakim iaitu sehari sebelum majlis dimulakan dan sehari setelah  majlis berakhir;
  • Menetapkan tugas-tugas hakim mengenai bidang-bidang (rujuk perkara 45) yang dihakimi oleh mereka;
    • Sentiasa berada di tempat penghakiman dan mengawasi tugas para hakim;
    • Melantik hakim pengganti bagi hakim yang tidak     dapat hadir;
    • Mengesahkan dan menandatangani keputusan-keputusan  majlis menghafaz bersama-sama hakim-hakim yang lain; dan
    • Mengisytiharkan pemenang-pemenang Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan.
Tugas Setiausaha
 
Setiausaha Hakim adalah bertanggungjawab menguruskan perkara-perkara seperti berikut;
  • Memberikan taklimat kepada peserta mengenai peraturan pemarkahan;
  • Menyediakan borang pemarkahan;
    • Menentukan giliran peserta membaca iaitu dengan cara undi;
    • Menentukan ayat-ayat yang dibaca oleh peserta dengan cara undi;
    • Menyediakan teks keputusan pemenang; 
    • Menyediakan laporan perjalanan kehakiman selepas selesai majlis; dan
    • Menyediakan minit mesyuarat Jemaah Hakim.
Tugas Hakim
 
Setiap hakim dikehendaki menghakimi bacaan peserta mengikut bahagian-bahagian yang ditetapkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim kepadanya secara penuh amanah dan rahsia.
 
Kaedah Penghakiman
Semasa menjalankan tugas penghakiman, Jemaah Hakim hendaklah mengadakan satu kaedah penghakiman yang meliputi perkara-perkara berikut:
  • Bidang-bidang penghakiman (rujuk 45d dan 48b);
  • Kaedah perujian dan penghakiman;
  • Perkara-perkara yang diberi perhatian dalam bidang-bidang penghakiman, iaitu Hafaz dan Lancar, Tajwid, Fasohah, Suara dan Persembahan; Lagu dan Tafsir;
  • Kaedah pemarkahan termasuk menggunakan borang pemarkahan; dan
  • Bersetuju dengan keputusan yang disediakan.
Jemaah Hakim boleh memberikan nasihat dan pandangan mengenai kaedah penghakiman dan pemarkahan dari semasa ke semasa bagi tujuan penambahbaikan kaedah berkenaan.  Kaedah tersebut dijadikan Lampiran ‘A’ kepada peraturan ini.
 
Rayuan dan Bantahan
Sebarang rayuan dan bantahan berkaitan perujian dan penghakiman tidak dibenarkan sepanjang majlis berlangsung.  
 
BAHAGIAN V
PENUTUP
Kuasa Jawatankuasa Induk
 
Jawatankuasa Induk Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan berkuasa membuat sebarang keputusan yang difikirkan wajar bagi perkara-perkara yang tidak tercatat di dalam peraturan ini.  Keputusan itu adalah muktamad.
 
Setiap peserta dikehendaki mematuhi Peraturan Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan dan arahan-arahan lain yang dikeluarkan oleh urusetia dari semasa ke semasa. Pihak Penganjur berhak membatalkan penyertaan peserta yang melanggar peraturan ini.
 
Tarikh Kuatkuasa
Peraturan ini berkuatkuasa mulai dari 1 Januari 2005.
 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
 

 

BORANG PERMOHONAN PENYERTAAN

MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN

PERINGKAT KEBANGSAAN KE 28
TAHUN 1428H/2007M 
                                                                                                                

* Peserta                 :            Lelaki                 Perempuan            
 

* Tahap                  :            1 – 5 Juzu’          1 – 15 Juzu’               1 – 30 Juzu’
 
1.       Nama Peserta :_____________________________________________________________
                                                (Tulisan Rumi)
          Nama Peserta : _____________________________________________________________
                                                (Tulisan Arab)
2.       No. Kad Pengenalan (baru) :__________________________________________________                                                                                                                         
3.       Tarikh Lahir      :________________ Tempat Lahir : ______________________________
 
4. Alamat Surat Menyurat :______________________________________________________ __________________________________________________________________________________________                 _______________________________________________________________________
          
5.       No. Telefon/No.H.p. :_______________ Umur Pada Tarikh Tutup Penyertaan: ________
 
6.       Pengalaman Menghafaz 
 
Peringkat Negeri
Bil
 Tahap Hafazan
   Kedudukan
    Wakil Daerah
    Tahun
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Peringkat Kebangsaan
Bil
 Tahap Hafazan
     Kedudukan
     Wakil Negeri
      Tahun
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Peringkat Antarabangsa
Bil
 Tahap Hafazan
   Kedudukan
      Wakil Negara
    Tahun
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
                   
7.       *Kelulusan Akademik :        UPSR              PMR            SPM              STPM                      
                                                                             
           Tahun                    :          ____              ____                   ____             ____                      
 Lain-lain Kelulusan   : ______________________________________________________
          
8.       Nama Bank              : _____________________No. Akaun Peserta:_________________
9.       Alamat Bank            : ______________________________________________________
                                                (Sila sertakan satu salinan fotostat buku akaun)
 
10.     Saya akui bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar.
 
11.     ________________________                                                ________________________
               Tandatangan Peserta                                                       Tarikh
 
12.     Pengesahan oleh Jabatan Agama Islam Negeri
         
________________________                                     ________________________
Tandatangan Pegawai JAIN                                         Cop Jabatan/Tarikh
 
Perhatian :

Borang ini hendaklah diisi dengan lengkap oleh calon berkenaan dan disahkan oleh Jabatan Agama Negeri. Calon-calon yang berjaya dipilih akan dimaklumkan 3 minggu sebelum tarikh majlis menghafaz berlangsung. Sila rujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. 

Urusetia Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Aras 6, Parcel D7, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62519 Putrajaya
Tel : 03-88864255/4256/4257    Faks : 03-88891992