Visi, Misi, Objektif

VISI
Berperanan sebagai sebuah Agensi Pusat yang unggul dalam membantu Agensi
Agama Negeri menguruskan Hal Ehwal Islam

MISI
Membangun Ummah yang progresif dan berakhlak mulia melalui penyelidikan, dakwah dan latihan secara sistematik


OBJEKTIF
  • Memastikan kesucian ajaran Islam terpelihara dalam masyarakat
  • Membentuk insan yang berwibawa bagi melahirkan umat cemerlang, gemilang
  • dan terbilang
  • Menjadi sumber rujukan maklumat Islam kepada masyarakat
FUNGSI
 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sarawak berperanan sebagai agensi pusat yang membantu pihak berkuasa agama Islam negeri Sarawak dalam melaksanakan aktiviti  hal ehwal Islam  dan pembangunan ummah dengan fungsi- fungsi berikut:
 
  • Melaksanakan program pembangunan ummah dan penghayatan Islam di negeri Sarawak
  • Melatih dan melahirkan pendakwah melalui program jangka pendek dan jangka panjang.
  • Menyediakan input dalam bidang penyelidikan untuk penggubalan dan perancangan dasar di Bahagian Penyelidikan JAKIM.
  • Memperkukuhkan jalinan hubungan ( Networking ) di kalangan agensi kerajaan persekutuan, negeri, NGO’S  dan masyarakat setempat.
 
PIAGAM PELANGGAN
 
Membantu serta mempertingkatkan kerjasama dalam aktiviti dakwah, penyelidikan dan latihan dengan pihak berkuasa agama negeri dan lain-lain pihak bagi merealisasikan pembangunan dan kemajuan Islam di negeri Sarawak dari semasa ke semasa.
 
Menyediakan program dakwah dan memastikan kemajuan perlaksanaannya mengikut perancangan yang ditetapkan selaras dengan pihak berkuasa agama negeri dan lain-lain pihak.
 
Menyediakan laporan hasil penyelidikan dalam tempoh enam (6) bulan selepas arahan diterima.
 
Membantu pihak berkuasa agama negeri melalui latihan bagi melahirkan Imam-Imam, Kader-Kader Dakwah serta Pegawai-Pegawai Agama yang terlatih dan professional dalam memenuhi keperluan masyarakat Islam di Sarawak.
 
Menjayakan serta membantu program sambutan hari-hari kebesaran Islam dan program berunsur Islam di peringkat Negeri Sarawak mengikut jadual yang ditetapkan.
 
Menjayakan program Integriti dan penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran kerajaan negeri dan persekutuan dapat dilaksanakan sekurang-kurangnya 12 kali setahun.
 
Memastikan segala tuntutan bayaran yang lengkap diterima dijelaskan dalam tempoh 14 hari.
 
Memastikan pentadbiran dan pengurusan JAKIM Cawangan Sarawak cekap dan berkesan.