WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
 
BERKENAAN 

KENYATAAN MURRAY HUNTER BEKAITAN TUDUHAN BERKAITAN MALAYSIA’S HALAL CRISIS
____________________________________________________________________________________
 
JAKIM ingin merujuk kepada penulisan Murray Hunter dalam artikel bertajuk Malaysia Halal Crisis di laman sesawang Asia Sentinel bertarikh 10 Oktober 2019 berikutan tuduhan berlakunya isu intergriti dan kompetensi pegawai dalam proses Pensijilan Halal Malaysia yang juga turut TULAR di media sosial.

JAKIM komited untuk memastikan Pensijilan Halal Malaysia berjalan berlandaskan undang-undang dan mematuhi segala peraturan yang berkuatkuasa dan tidak akan sama sekali berkompromi dalam isu berkaitan integriti. JAKIM menafikan pertuduhan yang dibuat oleh Murray Hunter berkaitan pegawai JAKIM meminta bayaran sebanyak RM50,000 bagi tujuan pendaftaran premis pemprosesan daging halal di Kuala Lumpur.

JAKIM mempunyai mekanisma kawalan dan mengamalkan sistem integriti yang tinggi dan telus bagi mengelakkan berlakunya amalan rasuah di kalangan pegawai dan kakitangannya. Mekanisma ini termasuklah kerjasama yang rapat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di samping penempatan pegawai SPRM secara sepenuh masa di bahagian yang berisiko tinggi berlakunya rasuah.

Oleh yang demikian, JAKIM menyeru semua pihak termasuk penulis untuk tampil mengemukakan bukti dengan penuh rasa tanggungjawab bagi diteliti dan bersedia mengambil tindakan yang sewajarnya berlandaskan undang-undang. Isu ini yang amat serius kerana ianya boleh menyebabkan reputasi Halal Malaysia tercemar dengan fitnah dan tuduhan yang tidak berasas.

Sekian

DATUK MOHAMAD NORDIN IBRAHIM
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
12 Oktober 2019
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 12 November 2019.
Jumlah Pelawat :12353641