Dakwah Intellectual Discourse (DID) UiTM Shah Alam
DAKWAH INTELLECTUAL DISCOURCE UiTM SHAH ALAM
Bahagian Dakwah, Jakim dengan kerjasama Pusat Pemikiran dan Ketamadunan Islam (CITU) Universiti Teknologi MARA telah menjalankan program Dakwah Intellectual Discource (DID) Siri 2/2012. Program sehari ini diadakan pada 24 Mei 2012 di Dewan Muktamar, Masjid UiTM.
Seramai 60 Orang peserta yang terdiri daripada pensyarah dan kakitangan CITU telah hadir ke program tersebut yang dirasmikan oleh Ybhg Tuan Haji Idris Bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah, Jakim. Sebanyak 2 kertas kerja telah dibentangkan oleh Ybhg Profesor Madya Dr Hasnan Kasnan, Pensyarah Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ybhg Ustaz Mohd Aizam Bin Mas’ud, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim.
Menurut Ustaz Ruslan Bin Said, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah, Jakim menjelaskan program ini adalah program berkala jelajah IPT yang mensasarkan beberapa objektif iaitu Melahirkan kader-kader dakwah dari kalangan pensyarah dan pelajar universiti yang berkaliber dan berpengetahuan serta mampu menjadi pendakwah profesional yang berilmu, berakhlak dan bertaqwa serta mampu menjadi Front Liner dakwah di Malaysia.Disamping itu, meningkatkan kefahaman ke arah penghayatan nilai-nilai murni dalam aspek kehidupan untuk diterapkan kepada warga kampus.
Menurut Timbalan Pengarah CITU UiTM, program seumpama ini dijalankan setiap bulan berbentuk tafaqquh fiddin yang bersifat dalaman yang disampaikan oleh para pensyarah sahaja. Namun, kali ini pihak CITU berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Jakim disamping dapat mendengar penjelasan isu-isu semasa berkaitan Islam di Malaysia.
DID siri 2/2012 pada kali ini memilih tajuk bertemakan akidah dan pemikiran semasa bertetapan dengan isu-isu semasa yang berkaitan Islam yang melanda Malaysia. Antara yang bincangkan ialah isu Syiah, Islam Liberal, LGBT, Irshad Manji dan sebagainya.






- Hits : 1088







